Pages

Online TV

Tuesday, February 23, 2010

Dah Lama Tak Menulis

Assalamualaikum..
Dah lama aku tak menulis kat blog ni. Busy gila kebelakangan ni. Macam2 hal nak kena settlekan. Emmm hari ni ada masa sikit so boleh ler aku tulis sikit kat sini.

Untuk tahun 2010 ni, setakat ni tak ada banyak sangat benda manarik yang aku dapat kongsi kat sini. Paling buat aku tension ialah Football Game hari sabtu lepas. Apa tak nyer, malam tu dua "Red" team aku tumbang.

1st Red: Man United (Red Devil), game mula jam 8.40 mlm. Red Devil kena belasah 1-3 dengan Everton dalam EPL Game menyebabkan mereka ketinggalan 4 mata dibelakang Chealsea.Arghhhhhhhh Geramnya!!!

2nd Red: Kelantan (Red Warriors), game mula 8.45 mlm. Red Warriors hanya mampu seri di gelanggang sendiri 1-1 bertemu Kedah. So secara automatik agregate 1-1 dan tewas kerana gol di tempat lawan apabila mereka hanya sekadar seri 0-0 di Stadium Darul Aman Kedah. So mereka kecundang untuk layak ke peringkat seterusnya bagi Piala FA.

Tuesday, October 27, 2009

Road To Glory

Kijang di ambang final



MALANG buat ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahyuddin ketika hasratnya untuk membantu Kelantan mara ke final Piala Malaysia, terpaksa dilupakan seketika selepas digantung satu perlawanan kerana menerima dua kad kuning.


Selepas mencetuskan suasana gamat di Stadium Sultan Mohamad IV apabila menyumbat gol pertama Kelantan menerusi sepakan penalti, Indra Putra terpaksa menjadi salah seorang daripada ribuan penyokong apabila separuh akhir kedua beralih ke Stadium Utama Negeri, Kangar, Sabtu ini.


Menyedari, ketiadaan Indra Putra, jurulatih, B Sathianathan pantas meramalkan akan berlaku sedikit rombakan bagi mengisi kekosongan ditinggalkan bekas penyerang Selangor itu.


“Saya mungkin terpaksa membuat rombakan pada perlawanan kedua nanti. Saya tiada pilihan lain memandangkan jarak antara kedua-dua perlawanan (separuh akhir pertama dan kedua) terlalu singkat,” katanya.


Ketika ditanya mengenai persembahan anak buahnya sepanjang tempoh 90 minit, Sathianathan berkata, beliau berpuas hati selepas menghasilkan dua gol tapi pada masa sama, enggan mengakui skuadnya sudah boleh memikirkan perlawanan akhir pada 7 November ini.


“Tak boleh. Saya tak boleh katakan Kelantan sudah ke final. Janganlah kerana kelebihan dua gol, kami sudah boleh dikatakan ke final.


“Kita kena tunggu perlawanan di Kangar, dulu. Saya sudah membayangkan macam mana suasana nanti dengan Perlis pasti turun habis-habisan, sedangkan ketika itu kami pula ketiadaan Indra,” katanya.


Kelantan terkenal dengan jolokan The Red Warriors sudah boleh dianggap sebelah kaki berada di final selepas menewaskan Perlis 2-0, malam tadi.


Indra Putra menjaringkan sepakan penalti pada minit ke-21 selepas dia dijatuhkan Chan Wing Hong manakala gol kedua hadir pada minit terakhir perlawanan melalui tandukan Mohd Rizal Fahmi Rosid hasil sepakan sudut lencong Mohd Farisham Ismail.


Perlis hampir membolosi gawang Kelantan yang dikemudi, Mohd Halim Napi seawal minit ke-5 melalui Ahmad Fakri Saraani.


Pada minit ke-10, Mohd Nizaruddin Yusof pula gagal memanfaatkan peluang menerusi sepakan derasnya sedikit melewati palang gol.


Kelantan bagaimanapun mula garang dengan membuat serangan balas yang akhirnya membuahkan hasil apabila Indra dijatuhkan di dalam petak penalti oleh Wing Hong.


Selepas itu, dengan sorakan 25,000 penyokong fanatik mereka, skuad Kijang tidak menoleh ke belakang dan terus mengasak kubu lawan dan ketika pertemuan itu bagaikan memihak kepada Kelantan dengan kelebihan satu gol, Rizal membuatkan tugas Perlis semakin sukar pada minit terakhir perlawanan.

Laporan: Harian Metro, 28 Oktober 2009

Road To Final - Piala Malaysia



Red Warriors dapat modal selesa, anak didik Wan Jamak Wan Hassan depan ranjau


NAIB juara Piala FA, Kelantan semakin hampir menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia buat kali pertama sejak 39 tahun lalu, sesudah meraih kelebihan dua gol ke atas bekas juara, Perlis dalam saingan separuh akhir pertama, malam tadi.

Jaringan pada setiap babak menerusi Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Rizal Fahmi Rosdi sudah cukup menggembirakan lebih 25,000 penyokong tuan rumah yang membentuk ‘Lautan Merah’ di Stadium Sultan Muhammed IV, untuk dijadikan bekalan sebelum skuad The Red Warriors bertandang ke Kangar, Sabtu ini.

Namun mulanya ia tidak kelihatan begitu dengan rentak tari awal memihak Perlis yang mencipta dua peluang pada 10 minit pertama tetapi rembatan Ahmad Fakri Saarani, selepas melakukan gerakan solo diselamatkan penjaga gol Kelantan, Halim Napi manakala lencongan Nizaruddin Yusof pula sedikit melewati palang.

Hanya selepas 18 minit aksi, Kelantan memperoleh peluang terbaik membuka jaringan tetapi tandukan padu dari jarak dekat Khairan Eroza Razali yang menerima hantaran lintang Indra Putra, sempat dikuis keluar penjaga gol pelawat, Mohd Farizal Marlias.

Empat minit kemudian, Kelantan dihadiahkan sepakan penalti selepas Indra dikasari pertahanan lawan dan kapten tuan rumah itu tenang menyempurnakannya, sekali gus dentuman bunga api mengiringi gol berkenaan.

Babak kedua menyaksikan persembahan Perlis lebih tersusun dengan gerakan pantas dari sebelah tepi yang sekali sekala mencemaskan pintu gol tuan rumah sehingga memaksa jurulatih Kelantan, B Sathianathan kerap kali bangun dari tempat duduknya.

Namun ketika Perlis lebih banyak mengasak, Kelantan berpeluang menggandakan kelebihan jaringan pada minit ke-61 tetapi tandukan pemain pertahanan, Nazrulerwan Makmor yang menerima hantaran dari sepakan percuma Khairan Eroza, sedikit tersasar.

Bagaimanapun, ketika permainan memasuki masa kecederaan, Kelantan akhirnya menemui sentuhan penamat yang diimpikan apabila Mohd Rizal, yang menerima sepakan penjuru Khairan Eroza, melonjak tinggi untuk menanduk masuk gol kedua.


Tuesday, October 20, 2009

Agenda Daily: Seleweng Kenderaan Kerajaan Negeri



Hanya dalam masa satu minit, kenderaan kerajaan dilaporkan mengisi minyak dua kali

Dalam perbezaan satu minit saja, sebuah kereta milik kerajaan negeri Pahang direkodkan mengisi minyak bernilai lebih RM100 sebanyak dua kali di sebuah stesen minyak yang sama di negeri itu.


Ini adalah penyalahgunaan kad inden bagi perolehan bahan api untuk kenderaan kerajaan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang diedarkan di Kuala Lumpur Isnin mengenai aktiviti jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri Pahang 2008.


Laporan itu berkata semakan audit terhadap Laporan Butiran Belian Bahan Api yang dikeluarkan oleh pihak pembekal pada tahun lepas mendapati sebanyak 24 kes pengisian bahan api dalam tempoh kurang dari lima minit melibatkan lima buah kenderaan pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang.

Kereta-kereta terbabit dikenalpasti sebagai Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah membuat sebanyak 18 kes pengisian bahan api dalam tempoh masa yang singkat dengan jumlah kos sebanyak RM4,177, katanya.

Bernama melaporkan contohnya pada 14 Dis lepas, kereta tersebut telah mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Raub, Pahang pada pukul 12.14 tengah hari sebanyak 59.47 liter yang bernilai RM113 dan seminit kemudian pada 12.15 tengah hari kereta yang sama mengisi sebanyak 58.95 liter minyak yang bernilai RM112 di stesen yang sama.


Pada 19 Dis perkara yang sama berlaku di stesen minyak yang sama pada pukul 6.35 petang dan 6.36 petang dengan jumlah pengisian sebanyak 125 liter bernilai RM225, dan perkara yang sama dilakukan pada 23 Dis, 24 Dis, 26 Dis dan 31 Dis, dan pada 24 Dis pengisian minyak dilakukan di sebuah stesen minyak di Kuantan, katanya dan menambah jumlah keseluruhan kos adalah RM1,349.95.

Laporan audit itu berkata perkara yang sama juga dilakukan terhadap Proton Perdana CBB37 dan Proton Perdana CBR1993, iaitu sebanyak dua kali yang memakan belanja lebih RM300 setiap buah, dan sekali bagi Proton Perdana CBD1003 dan Proton Perdana CBD23 yang melibatkan kos antara RM200 dan RM100.

Selain itu terdapat juga perolehan bahan api yang meragukan oleh kenderaan Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah mengisi minyak pada 14 Ogos 2008 di sebuah stesen minyak di Bentong, dengan kuantiti pengisian sebanyak 1 liter dengan kos RM117, dan kes dan tempat yang sama pada 26 Ogos dengan kos RM128.30, pada 7 Sept dengan kos RM119, pada 14 Nov dengan kos RM90 dan pada 27 Nov dengan kos RM120, katanya.

Kesemua lima pengisian itu merekodkan pengisian sebanyak 5 liter dengan jumlah kos bahan api sejumlah RM574.53 dan ini menunjukkan terdapat pembelian yang meragukan dan tiada penyemakan dilakukan sebelum pembayaran dibuat, katanya.

Selain itu, tindakan susulan terhadap perkara ini masih belum diambil oleh pihak yang bertanggungjawab, dan akibatnya Pejabat SUK telah menanggung kos penggunaan bahan api yang tinggi, katanya.

Laporan itu berkata pihak pejabat SUK memaklumkan bahawa perkara yang dibangkitkan akan diselesaikan melalui kerjasama dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna cawangan negeri Pahang iaitu memeriksa sistem perolehan bahan api yang digunakan oleh setiap pembekal bahan api yang terlibat.

Jabatan Audit Negara turut mendapati perolehan bahan api yang melebihi tangki kenderaan, selain penggunaan kad inden terhadap kereta yang telah lama dilupuskan.

Selain itu, kos penyenggaraan kenderaan yang tinggi contohnya penyenggaraan empat buah Proton Perdana V6 Executive di pejabat SUK antara 2004 dan 2008 adalah tinggi berbanding dengan kos perolehan kenderaan tersebut.


Contohnya, kos penyelenggaran Perdana V6 yang bernombor pendaftaran CBL100 yang dibeli dengan kos RM117,062 untuk dari 2005 hingga 2008 berjumlah RM171,888, dan bagi kereta bernombor pendaftaran CBN31 pula adalah RM192,743 dari tahun 2004 hingga 2008, katanya.

Laporan itu berkata maklum balas dari pejabat SUK, kereta-kereta itu digunakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan kos penyenggaraan yang tinggi adalah disebabkan kerosakan kotak gear (gear box) dan juga kemalangan.

Penyelewengan melibatkan pelbagai masalah termasuk penggunaan bahan api berlebihan, penyenggaraan kenderaan di bengkel yang tidak dikhususkan dan kekerapan penggantian tayar yang tidak munasabah turut berlaku di Perak dan Pulau Pinang pada tahun lepas.

Di negeri Perak, didapati kos penyenggaraan kenderaan kerajaan negeri adalah tinggi akibat tidak dihantar ke pusat servis yang dikhususkan.

Ini kerana kerajaan negeri tidak menetapkan bengkel khusus untuk menyenggara kenderaan sebaliknya ia dilakukan berdasarkan permohonan yang diterima daripada syarikat yang berkaitan.

"Menerusi semakan audit terdapat sampel baucar bayaran yang dipilih mendapati kos penyenggaraan berjumlah RM262,256 atau 69.4 peratus untuk kereta Proton Perdana di sebuah syarikat tayar. Berbanding di Syarikat EON Service Sdn Bhd iaitu hanya RM15,197 atau 4 peratus untuk tempoh 2004 hingga 2008," katanya.

Laporan itu juga mendapati syarikat tersebut dimiliki oleh bukan bumiputera dan kebanyakan alat ganti yang digunakan adalah diimport dari luar negara berbanding Syarikat EON Sdn Bhd daripada keluaran tempatan.

Alasan pejabat SUK mengapa kereta tersebut dihantar ke syarikat itu adalah kerana kenderaan EXCO yang memerlukan penyenggaraan segera sedangkan Syarikat EON Services Sdn Bhd tidak dapat memberikan servis dengan segera.


Masalah pembelian minyak bagi tempoh yang singkat juga serta kekerapan penggantian tayar dikenalpasti berlaku di Pulau Pinang, menurut laporan itu.

Tiga kenderaan, iaitu dua bas yang bernombor pendaftaran PGW7744 dan PCT7777 serta Proton Perdana PHK42 dilaporkan telah membuat pembelian minyak dalam tempoh yang singkat antara tiga hingga lapan minit pada tarikh yang sama di stesen minyak yang sama.

Selain itu tiga kenderaan yang bernombor pendaftaran PED21, PBF1 dan PAF1 dilaporkan membuat penggantian tayar begitu kerap, dan siasatan audit itu juga melaporkan kesemua penggantian tayar adalah disebabkan keadaan bunga tayar yang telah haus atau tayar pecah, tayar haus sebelah, tayar tidak mencengkam dan tayar keras.

Katanya penggantian tayar yang terlalu kerap bagi tempoh tiga hingga 34 bulan dan penggunaan pada jarak perbatuan antara 1,700 kilometer hingga 21,900 kilometer untuk tiga kenderaan itu juga meragukan.

Sehubungan dengan itu, Pejabat SUK telah menetapkan setiap penggantian tayar perlu mendapat kelulusan Ketua Penolong Setiausaha (Kewangan) dan tayar yang telah digantikan akan disimpan bagi tempoh tertentu mulai 20 Mei 2009.

Secara keseluruhan didapati kebanyakan proses penyenggaraan kenderaan milik kerajaan negeri adalah tidak memuaskan dan tidak mengikut peraturan dan prosedur pejabat SUK.

"Pejabat SUK perlu mengawal perbelanjaan penyenggaraan kenderaan dengan meneliti kos pembaikan yang terlibat dan memilih pusat servis yang menawarkan harga yang munasabah supaya tujuan penjimatan dapat dicapai di samping memastikan hanya penyenggaraan yang perlu sahaja dilakukan," syor laporan itu.-19/10/2009


Lagi Laporan Akhbar



Laporan Akbar Oleh Berita Harian 21 Oktober 2009 Berkenaan Isu Laporan Audit 2009: Penyelewengan Kenderaan Kerajaan Negeri

Monday, October 19, 2009

Seleweng Kenderaan Kerajaan Negeri


Laporan Ketua Audit Negara 2008 Mendapati Salah Guna Berlaku Di Pahang, Perak dan Pulau Pinang

KUALA LUMPUR - Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendapati berlaku penyalahgunaan kenderaan milik Kerajaan Negeri di tiga buah negeri iaitu Pahang, Perak dan Pulau Pinang pada tahun lepas.

Penyelewengan itu melibatkan pelbagai masalah termasuk penggunaan bahan api berlebihan, penyenggaraan kenderaan di bengkel yang tidak dikhususkan dan kekerapan penggantian tayar yang tidak munasabah.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, terdapat penyelewengan penggunaan bahan api yang berlebihan dalam tempoh masa yang singkat oleh kenderaan Kerajaan Negeri Pahang.

“Kenderaan yang didapati kerap mengisi bahan api adalah kereta jenis Proton Perdana nombor pendaftaran CBD 88 yang dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh sebulan pada Disember 2008.

“Semakan audit juga mendapati pengisian sebanyak 743.39 liter berjumlah RM1,350 itu dilakukan dalam tempoh yang singkat iaitu antara satu hingga dua minit berbanding dengan kuantiti yang diisi,” menurut laporan itu.

Bagaimanapun tiada tindakan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab dan menyebabkan pejabat setiausaha kerajaan menanggung kos penggunaan bahan api yang tinggi pada bulan tersebut.

Dalam pada itu di negeri Perak pula didapati kos penyenggaraan kenderaan Kerajaan Negeri adalah tinggi akibat tidak dihantar ke pusat servis yang dikhususkan.

Ini kerana Kerajaan Negeri tidak menetapkan bengkel khusus untuk menyenggara kenderaan sebaliknya ia dilakukan berdasarkan permohonan yang diterima daripada syarikat yang berkaitan.

“Menerusi semakan audit terdapat sampel baucar bayaran yang dipilih mendapati kos penyenggaraan berjumlah RM262,256 atau 69.4 peratus untuk kereta Proton Perdana di Syarikat Kinta Tyres Sdn Bhd. Berbanding di Syarikat EON Service Sdn Bhd iaitu hanya RM15,197 atau 4 peratus sahaja untuk tempoh 2004 hingga 2008,” katanya.

Laporan itu juga mendapati syarikat tersebut dimiliki bukan Bumiputera dan kebanyakan alat ganti yang digunakan adalah diimport dari luar negara berbanding Syarikat EON Sdn Bhd daripada keluaran tempatan.

Alasan Pejabat SUK mengapa kereta tersebut dihantar ke syarikat itu adalah kerana kenderaan EXCO yang memerlukan penyenggaraan segera sedangkan Syarikat EON Services Sdn Bhd tidak dapat memberikan servis dengan segera.

Masalah kekerapan penggantian tayar dikenalpasti berlaku di Pulau Pinang iaitu kekerapan penggantian tayar berlaku pada tiga buah kenderaan yang bernombor pendaftaran PED 21, PBF 1 dan PAF 1.


Penyiasatan audit itu juga melaporkan kesemua penggantian tayar adalah disebabkan keadaan bunga tayar yang telah haus atau tayar pecah, tayar haus sebelah, tayar tidak mencengkam dan tayar keras.
Katanya, penggantian tayar yang terlalu kerap bagi tempoh tiga hingga 34 bulan dan penggunaan pada jarak perbatuan antara 1,700 kilometer hingga 21,900 kilometer untuk tiga kenderaan itu juga adalah meragukan.

Sehubungan dengan itu, Pejabat SUK telah menetapkan setiap penggantian tayar perlu mendapat kelulusan Ketua Penolong Setiausaha (Kewangan) dan tayar yang telah digantikan akan disimpan bagi tempoh tertentu mulai 20 Mei 2009.

Secara keseluruhan didapati kebanyakan proses penyenggaraan kenderaan milik kerajaan negeri adalah tidak memuaskan dan tidak mengikut peraturan dan prosedur pejabat SUK.

“Pejabat SUK perlu mengawal perbelanjaan penyenggaraan kenderaan dengan meneliti kos pembaikan yang terlibat dan memilih pusat servis yang menawarkan harga yang munasabah supaya tujuan penjimatan dapat dicapai di samping memastikan hanya penyenggaraan yang perlu sahaja dilakukan,” menurut laporan itu. - Bernama


Petikan daripada Sinar Harian, 20 Oktober 2009.


LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Semalam Laporan Ketua Audit Negara telah dibentangkan di Parlimen. So, tak pasal-pasal hari ni aku kena kuarantin kat pejabat oleh bos aku (Pengarah Audit Negeri Pahang). Ini semua gara-gara pasal laporan audit yang aku keluarkan berkenaan pengurusan kenderaan di negeri Pahang telah keluar kat paper hari ni. Paling best tajuk berita kat Sinar Harian "Seleweng Kenderaan Kerajaan Negeri : Laporan Ketua Audit Negara 2008 Mendapati Salah Guna Berlaku Di Pahang, Perak dan Pulau Pinang". Isu tu boleh tahan juga ler panasnya, so aku kena stay office ler takut kalau-kalau ada pihak yang call untuk tanyakan pasal kes-kes tu. Nak tahu pasal kes tu, kena ler baca Laporan Ketua Audit Negara yer...


Sunday, October 18, 2009

Salam Oktober

Assalamualaikum..
Lama sudah aku tidak menulis kat blog ni.. dah sebulan lebih rasanya. Sebenarnya aku bz sangat kebelakangan ni. Nak kena siapkan pengauditan prestasi.. and baru2 ni ada sukan audit kat terengganu.. so bz skit ler.
harap2 lepas ni aku dapat ler menulis balik kat blog ni.moga dilapangkan waktu olehNya.
Latest info berkenaan EPL, wah! teruja aku bila MU menang 2-1 dengan Bolton hari tu. and pada masa sama Chealsea kalah plak 1-2, Liverpool tewas 0-1 and Man City seri 1-1. Hahahaha nampaknya MU berada kat atas liga lagi ler.. Glory Glory United!!!

Tuesday, September 1, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Sedar tak sedar, tanggal 31 ogos 2009 maka Kemerdekaan Negara kita yang tercinta dah pun mencecah 52 tahun. Sudah lebih setengah abad negara kita merdeka. Secara tidak lansung, terkenang pula saya kepada ibu saya dikampung. Emmm usianya juga kini telah menjangkau 52 tahun. Telah banyak asam garam kehidupan yang beliau rasai, terlalu banyak dugaan hidup telah beliau tempuhi. Terlalu banyak jasa beliau kepada anak-anaknya yang tak mampu dibalas oleh kami adik-beradik. Cuma lafaz terima kasih yang tak terhingga buat ibu tersayang.

Begitu juga dengan Negara kita Malaysia. Terlalu banyak kenikmatan yang telah kita rasai sepanjang kemerdekaan tersebut. Sebagai anak malaysia yang lahir selepas kemerdekaan, saya tidak pernah merasai keperitan nenek moyang kita dalam memperjuangkan kemerdekaan. saya dilahirkan dalam keadaan negara yang telah aman damai, negara yang sedang membangun di bawah pimpinan Tun Dr. Mahadhir. Terima kasih buat pemimpin yang telah membangunkan negara ini dalam keadaan aman dan harmoni.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini negara kita sering digemparkan dengan perbagai pergolakan politik yang sentiasa mencetuskan ketengangan. Sedih saya apabila membaca di dada-dada akhbar berkenaan perbagai provokasi yang dilakukan oleh segelintir rakyat malaysia sendiri. Kalau dulu, saya sering berasa kecewa dengan rakyat negara luar yang sering mengadakan demonstrasi bagi menjatuhkan kerajaan mereka. Ya betul, mereka berjaya menjatuhkan kerajaan mereka. Namun, apa yang pasti kerajaan itu bukan jatuh berseorangan. Kerajaan sedia ada jatuh bersama-sama negara itu sendiri. Negara mula kucar kacir, rakyat sentiasa dalam ketakutan. Mungkinkah itu yang dibanggakan oleh penunjuk perasaan tersebut? Kalau ya, syabas saya ucapkan.

Tiba-tiba sahaja senario tersebut mula merebak ke Negara yang saya cintai ini. Atas nama kebebasan asasi, demonstrasi jalanan mula dihalalkan oleh segelintir rakyat yang mahukan keadilan. Saya tidak pasti, sama ada mereka ini memang mencari keadilan atau sekadar gimik politik semata-mata. Jika demi keadilan, baguslah. Tapi rasanya masih banyak jalan lain yang boleh digunakan untuk mencari keadilan selain berdemonstrasi. Belajarlah dari negara jiran yang mengamalkan demonstrasi, hanya kejatuhan yang pasti ditemui bukannya penyelesaian yang dijumpai. Tapi seandainya ia hanya sekadar gimik politik, AWAS!!! ianya terlalu bahaya untuk diamalkan.

Saya cintakan kedamai, Negara kita telah temui kedamaian itu. Kita dapat hidup harmoni dengan berbilang kaum. Kenapa kita mahu musnahkan keadaan ini? Tepuk dada, tanya selera. Jangan kerana demi kepentingan sebilangan kecil pihak tertentu, kita menggadaikan keharmonian semua rakyat yang berbilang kaum.

Mungkin apa yang saya katakan di sini hanyalah pandangan peribadi saya. Mungkin pandangan ini silap. Seandainya ia adalah satu pandangan yang silap, saya memohon maaf kepada semua pembaca. Tapi, cuba renungkan apa yang saya jelaskan tadi. Belajarlah dari sejarah. Belajar dari sejarah bukan bermakna sejarah Negara sendiri sahaja, belajarlah dari sejarah negara luar juga. Apa kesan dan akibat seandainya kita terus seronok mengamalkan demonstrasi jalanan ini. Akhir kata, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya mohon ampun dan maaf kiranya ada terkasar kata tersilap bahasa. Wassalam.

Monday, August 31, 2009

EPL Minggu Ke 4

Sun 30th August 2009
Portsmouth 0-1 Manchester City

Everton 2-1 Wigan Athletic

Aston Villa 2-0 Fulham

Sat 29th August 2009
Chelsea 3-0 Burnley

Blackburn 0-0 West Ham Utd

Bolton 2-3 Liverpool

Stoke City 1-0 Sunderland

Tottenham 2-1 Birmingham

Wolves 1-1 Hull City

Man Utd 2-1 Arsenal

GLORY GLORY UNITED!!!