Pages

Online TV

Tuesday, September 1, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Sedar tak sedar, tanggal 31 ogos 2009 maka Kemerdekaan Negara kita yang tercinta dah pun mencecah 52 tahun. Sudah lebih setengah abad negara kita merdeka. Secara tidak lansung, terkenang pula saya kepada ibu saya dikampung. Emmm usianya juga kini telah menjangkau 52 tahun. Telah banyak asam garam kehidupan yang beliau rasai, terlalu banyak dugaan hidup telah beliau tempuhi. Terlalu banyak jasa beliau kepada anak-anaknya yang tak mampu dibalas oleh kami adik-beradik. Cuma lafaz terima kasih yang tak terhingga buat ibu tersayang.

Begitu juga dengan Negara kita Malaysia. Terlalu banyak kenikmatan yang telah kita rasai sepanjang kemerdekaan tersebut. Sebagai anak malaysia yang lahir selepas kemerdekaan, saya tidak pernah merasai keperitan nenek moyang kita dalam memperjuangkan kemerdekaan. saya dilahirkan dalam keadaan negara yang telah aman damai, negara yang sedang membangun di bawah pimpinan Tun Dr. Mahadhir. Terima kasih buat pemimpin yang telah membangunkan negara ini dalam keadaan aman dan harmoni.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini negara kita sering digemparkan dengan perbagai pergolakan politik yang sentiasa mencetuskan ketengangan. Sedih saya apabila membaca di dada-dada akhbar berkenaan perbagai provokasi yang dilakukan oleh segelintir rakyat malaysia sendiri. Kalau dulu, saya sering berasa kecewa dengan rakyat negara luar yang sering mengadakan demonstrasi bagi menjatuhkan kerajaan mereka. Ya betul, mereka berjaya menjatuhkan kerajaan mereka. Namun, apa yang pasti kerajaan itu bukan jatuh berseorangan. Kerajaan sedia ada jatuh bersama-sama negara itu sendiri. Negara mula kucar kacir, rakyat sentiasa dalam ketakutan. Mungkinkah itu yang dibanggakan oleh penunjuk perasaan tersebut? Kalau ya, syabas saya ucapkan.

Tiba-tiba sahaja senario tersebut mula merebak ke Negara yang saya cintai ini. Atas nama kebebasan asasi, demonstrasi jalanan mula dihalalkan oleh segelintir rakyat yang mahukan keadilan. Saya tidak pasti, sama ada mereka ini memang mencari keadilan atau sekadar gimik politik semata-mata. Jika demi keadilan, baguslah. Tapi rasanya masih banyak jalan lain yang boleh digunakan untuk mencari keadilan selain berdemonstrasi. Belajarlah dari negara jiran yang mengamalkan demonstrasi, hanya kejatuhan yang pasti ditemui bukannya penyelesaian yang dijumpai. Tapi seandainya ia hanya sekadar gimik politik, AWAS!!! ianya terlalu bahaya untuk diamalkan.

Saya cintakan kedamai, Negara kita telah temui kedamaian itu. Kita dapat hidup harmoni dengan berbilang kaum. Kenapa kita mahu musnahkan keadaan ini? Tepuk dada, tanya selera. Jangan kerana demi kepentingan sebilangan kecil pihak tertentu, kita menggadaikan keharmonian semua rakyat yang berbilang kaum.

Mungkin apa yang saya katakan di sini hanyalah pandangan peribadi saya. Mungkin pandangan ini silap. Seandainya ia adalah satu pandangan yang silap, saya memohon maaf kepada semua pembaca. Tapi, cuba renungkan apa yang saya jelaskan tadi. Belajarlah dari sejarah. Belajar dari sejarah bukan bermakna sejarah Negara sendiri sahaja, belajarlah dari sejarah negara luar juga. Apa kesan dan akibat seandainya kita terus seronok mengamalkan demonstrasi jalanan ini. Akhir kata, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya mohon ampun dan maaf kiranya ada terkasar kata tersilap bahasa. Wassalam.