Pages

Online TV

Tuesday, February 22, 2011

Demam Bolasepak Di Kota Bharu Makin Parah




Respon awal pihak Happy kepada KAFA, mereka begitu teruja dan bersemangat untuk menganjurkan program “Jom Kelih Bola Bersama HAPPY” lagi selepas ini apabila melihat sambutan hangat para penonton pada jumaat lalu. Berkemungkinan program yang sama akan diadakan sekali lagi bagi perlawanan secara langsung menentang Kedah jumaat ini.
 
Fenomena yang dicipta penyokong Kelantan menjadikan taraf sokongan perlawanan jumaat lalu setanding ketika demam piala dunia, sukar untuk melihat fenomena ini di negeri-negeri biarpun mereka sering menggelarkan diri mereka penyokong sejati pasukan mereka. Tahniah kepada seluruh penyokong Kelantan.
 
Petikan Dari Blog Kelantanfa.com

Suasana yang sangat meriah sewaktu perlawanan Piala FA Kelantan menentang T-Team pada 18 Februari yang lalu.Di perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV dibanjiri lebih 5 ribu warga Kelantan! Tahniah atas kemenangan The Red Warriors.Dah macam tengok WORLD CUP.



"APEK" KAPTEN MALAYSIA!



Perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012 (Asia) Skuad Olimpik Malaysia menentang Skuad Olimpik Pakistan, 23 Februari 2011, 8.30pm di Stadium Shah Alam, Selangor akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena 801. Buat pertama kalinya ‘Apex’ diberi amanah mengetuai skuad muda Malaysia sebagai kapten pasukan. Tugasan ini bakal menaikkan lagi populariti ‘Apex’, yang menjadi tumpuan media elektronik dan media cetak untuk dijadikan bahan pelaris media mereka.
 
Terbaru ‘Apex’ mendapat liputan meluas dalam majalah URTV dan rancangan popular TV3 Nona. Harapan peminat kepada ‘Apex’, mereka menasihati ‘Apex’ terus konsisten dan tidak lalai dek kerana populariti yang diperolehinya kini.
 
Perlawanan ini amat penting bagi membuktikan kemampuan mereka kepada seluruh rakyat Malaysia dan peluang untuk menggapai impian buat julung kalinya melangkah ke saingan bolasepak peringkat sukan olimpik.
 
Antara barisan pemain yang telah terpilih bagi perlawanan esok ini:

1. KHAIRUL FAHMI CHE MAT (Penjaga gol utama + Kapten)

2. AHMAD SHAKIR ALI

3. FAIZAL ABU BAKAR

4. AHMAD FAKRI SHAARANI

5. K. GURUSAMY GOVANDAR

6. MAHALI JASULI

7. MOHAMAD MUSLIM AHMAD

8. MOHD AFFIZE FAIZAL

9. MOHD FAIZAL MUHAMAD

10. S. SIVANESAN

11. MOHD IRFAN FAZAIL

12. WAN ZACK HAIKAL

13. WAN ZAHARULNIZAM

14. MOHD IZHAM TARMIZI

15. MOHAMMAD FADHLI SHAS

16. GARY STEVEN ROBBAT

17. MOHD FANDI OTHMAN

18. MOHD FERRIS DANIEL


Harga Tiket : Dewasa RM20, Kanak – kanak bawah 12 tahun RM12.
Jualan tiket perlawanan mula dibuka pada:
Pada 22 Februari 2011. Bermula pukul 9 pagi – 5 petang di Wisma FAM.
Pada 23 Februari 2011. Bermula pukul 9 pagi – 12 petang di Wisma FAM.
Pada 23 Februari 2011 Tiket juga dijual di Stadium Shah Alam bermula pada pukul 4 petang