Pages

Online TV

Monday, August 31, 2009

EPL Minggu Ke 4

Sun 30th August 2009
Portsmouth 0-1 Manchester City

Everton 2-1 Wigan Athletic

Aston Villa 2-0 Fulham

Sat 29th August 2009
Chelsea 3-0 Burnley

Blackburn 0-0 West Ham Utd

Bolton 2-3 Liverpool

Stoke City 1-0 Sunderland

Tottenham 2-1 Birmingham

Wolves 1-1 Hull City

Man Utd 2-1 Arsenal

GLORY GLORY UNITED!!!

Owen dan England

Owen tercicir lagi

LONDON - Wes Brown dan Ben Foster dari Manchester United dan pasangan Tottenham Hotspur, Peter Crouch serta Aaron Lennon dipanggil menyertai skuad England, semalam untuk menentang Slovenia dan Croatia dalam perlawanan antarabangsa, bulan ini.

Jurulatih Fabio Capello turut memanggil balik Brown dan rakan sepasukan United, Rio Ferdinand yang cedera di pertahanan manakala Foster yang pulih daripada kecederaan, menggantikan pemain Birmingham City, Joe Hart selepas terlepas perlawanan persahabatan menentang Belanda pada 12 Ogos lalu.

Namun, Capello sekali lagi terlepas pandang penyerang baru United, Michael Owen.

Owen, 29, berada dalam skuad awal Capello tetapi sekali lagi gagal memasuki senarai 24 pemain terakhir biarpun menjaringkan gol pertama buat United, minggu lalu.

Hanya David Beckham kekal menjadi sebahagian pelan Capello.

Pemain tengah Los Angeles Galaxy berusia 34 tahun itu mampu melebarkan rekod penampilan pemain England kepada 115 dengan muncul dalam kedua-dua perlawanan itu yang bakal menjadikannya kurang 10 daripada menyamai rekod penjaga gol bersara, Peter Shilton dengan 125 cap.

Sementara Crouch dan Lennon yang kedua-duanya menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Birmingham, Sabtu lalu, kembali ke pasukan selepas persembahan memikat awal musim buat Tottenham yang bersama mendahului liga selepas memenangi empat perlawanan pembukaan mereka.

Theo Walcott dari Arsenal diketepikan ketika sedang pulih daripada satu kecederaan belakang yang mengetepikannya setakat ini dalam musim ini.

Pasukan 24 pemain itu akan berhimpun minggu depan sebelum persahabatan menentang Slovenia pada 5 September ini dan saingan Kumpulan Enam kelayakan Piala Dunia menentang Croatia di Wembley pada 9 September.

England telah memenangi ketujuh-tujuh perlawanan kelayakan Piala Dunia mereka setakat ini dan akan memastikan tempat mereka pada pusingan akhir di Afrika Selatan, tahun depan jika mereka mengalahkan Croatia.

Pelawat akan turun tanpa perancang permainan utama Luka Modric selepas dia patah sebatang tulang fibula ketika mewakili Spurs menentang Birmingham, Sabtu lalu. - REUTERS
(Utusan Malaysia:1 September 2009)

Wenger dakwa United main kotor

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mendakwa, Manchester United menggunakan taktik 'anti-bola sepak' ketika menundukkan pasukannya 2-1 di Old Trafford, Sabtu lalu.

Jurulatih kelahiran Perancis itu berkata, taktik kotor United memberi kesan lebih buruk kepada permainan berbanding tuduhan sengaja menjatuhkan badan yang sedang dihadapi oleh penyerangnya, Eduardo da Silva yang kini masih disiasat badan bola sepak Eropah, UEFA.

Wenger berang dengan sikap pemain-pemain United yang melakukan banyak kesalahan untuk menganggu perjalanan permainan, termasuk melakukan kekasaran agresif terhadap pemainnya.
Namun, apa yang membuatkan dia lebih berang, kebanyakan pemain United terlepas daripada kekasaran yang dilakukan, malah pasukan itu hanya menerima tiga kad kuning berbanding enam yang dilayangkan kepada pemain-pemainnya.

"Apa yang saya nampak, ada pemain-pemain yang berada di atas padang hanya untuk melakukan kesalahan, dan pada saya tindakan itu sebenarnya lebih terdesak berbanding sengaja menjatuhkan badan.

"Pemain-pemain ini, langsung tidak dikenakan hukuman, mereka meninggalkan padang tanpa kad kuning. Pada saya, apa yang dilakukan oleh mereka adalah sikap 'anti-bola sepak' yang lebih teruk daripada apa yang dilakukan oleh Eduardo,'' kata Wenger kepada media Britain.

Eduardo masih disiasat oleh UEFA selepas didakwa sengaja menjatuhkan badannya untuk mendapat penalti ketika menentang Celtic pada peringkat kedua Liga Juara-Juara Eropah, yang dimenangi Arsenal 3-1.

Kekalahan 1-2 kepada United merupakan kekalahan pertama anak-anak buah Wenger dalam saingan liga domestik musim ini, selepas mereka bermula baik dengan mendahului 1-0 menerusi jaringan Andrei Arshavin pada babak pertama.

Perlawanan juga berakhir dengan Wenger diarah meninggalkan bangku simpanan selepas menendang botol kerana terlalu kecewa apabila gol penyamaan Robin van Persie pada saat genting dibatalkan kerana rakan sepasukannya, William Gallas sudah ofsaid.

Badan pengadil Liga Perdana England bagaimanapun menyedari bahawa mereka telah melakukan keputusan yang salah, dan meminta maaf kepada jurulatih itu.

"Lihatlah, betapa banyaknya kesalahan yang dilakukan oleh pemain-pemain lawan dan mereka terlepas daripada hukuman.

"Ini merupakan masalah besar kerana ia menyebabkan perjalanan perlawanan terganggu. Orang datang ke stadium untuk melihat permainan bola sepak, bukan sepakan percuma,'' tegasnya lagi. - Reuters
(Utusan Malaysia: 1 September 2009)

Friday, August 28, 2009

WISEL OGOS 2009 BIL. 180







Arsenal sedia 'bedil' United


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menjanjikan corak permainan menyerang ketika pasukannya mahu membalas dendam ke atas Manchester United pada perlawanan Liga Perdana England di Old Trafford esok.


Wenger percaya, Arsenal terlampau malu ketika kalah dengan agregat 1-4 pada separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu kepada United.


Namun, Gunners bermula cemerlang musim ini dan akan beraksi di Old Trafford untuk memburu kemenangan keempat berturut-turut selepas memastikan tempat pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara apabila 3-1 ke atas Celtic kelmarin.


Kemenangan pada perlawanan play off kedua kelmarin adalah susulan daripada kecemerlangan aksi dalam Liga Perdana selepas menundukkan Everton dan Portsmouth.


Wenger yakin Arsenal berada pada tahap yang betul untuk menebus kehampaan selepas kegagalan di kejohanan Eropah kepada United.


"Dalam saingan Liga Juara-Juara, kami terlalu pasif, namun dalam perlawanan liga kami lebih banyak menyerang.


"Ia lebih kepada pertarungan mental berbanding taktikal. Saya gembira kerana akan ke sana, ia merupakan ujian besar pertama kami. Anda perlu sentiasa berada pada tahap keyakinan yang tinggi apabila beraksi di Old Trafford.


"Mengalahkan Celtic merupakan cara sempurna persediaan kami. Kami lebih tersusun dan berstruktur apabila melancarkan serangan dan menjaringkan gol.


"Harga yang terpaksa kami bayar ialah apabila sesekali kami melepaskan gol tetapi asalkan kami berjaya menjaringkan gol, kami tidak terlalu bimbang.


"Seseorang memberitahu saya bahawa usia purata pasukan ini ialah 23 tahun. Masih ada perkara yang mahu kami buktikan dan kami mahu menunjukkan peningkatan ketara pada hujung perlawanan dengan Manchester United," kata Wenger.


Selepas 'bingung' dengan kritikan yang mengetepikan sama sekali harapan Arsenal untuk menjuarai liga musim ini, Wenger sedar pasukannya perlukan prestasi terkuat di United untuk menafikan ramalan negatif terhadap Gunners.


Namun, Wenger mungkin terpaksa melakukannya tanpa ketua pasukan, Cesc Fabregas selepas pemain tengah Sepanyol itu, yang juga tidak beraksi ketika perlawanan dengan Celtic masih belum pulih daripada kecederaan pangkal paha.


Wenger mungkin memberi masa kepada Fabregas sehingga saat terakhir untuk membuktikan kecergasannya, namun dia mendapat sentuhan Robin van Persie dan Andrey Arshavin.


"Kami perlu memulihkan fizikal dengan pantas kerana Manchester United tidak beraksi minggu ini.


"Cesc belum pasti beraksi, Aaron Ramsey pula cedera Saya tidak tahu sejauh mana kecederaannya. Mereka akan melakukan pemeriksaan lutut,'' kata Wenger. -AFP


(Utusan Malaysia: 28 Ogos 2009)

WISEL OGOS 2009 BIL. 179

COVER MAJALAH WISEL BIL. 179
klik untuk paparan
Secara keseluruhan kebanyak topik perbincangan keluaran ini adalah mengenai perpindahan pemain menjelang musim baru 2009/10.

klik untuk paparan
Kisah perpindahan rekod dunia Ronaldo masih menjadi tajuk utama keluaran kali ini. Apapun, jersey no. 9 Real telah menjadi milik Ronaldo.

klik untuk paparan
Kem pasukan MU juga tidak kurang hebatnya. Dengan kemasukan Owen melalui perpindahan secara percuma diharapkan dapat membantu jentera serangan Red Devil.


klik untuk paparan
Statistik percapaian bekas penyerang Liverpool, Real Madrid dan Newcastle ini juga turut dimuatkan dalam keluaran kali ini.


klik untuk paparan
Selain itu, dengan kemasukan Valencia juga diharapkan dapat menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Ronaldo.


SENARAI PERPINDAHAN BAGI PASUKAN UNITED ADALAH SEPERTI BERIKUT:

klik untuk paparan





Thursday, August 27, 2009

MAJALAH WISEL OGOS 2009 BIL.178

Cover Depan Majalah Wisel Bil. 178
Keluaran kali ini lebih banyak menfokuskan kepada kejayaan pasukan Brazil yang berjaya mempertahankan Piala Konfiderasi FIFA 2009. Piala ini akan dipertandingkan setahun sebelum bermulanya Piala Dunia FIFA. Kiranya sebagai acara untuk menunjukkan kehangatan Piala dunia sudah bermula.

Jika dilihat pada senarai kandungan untuk keluaran ini, tidak banyak artikal yang ditulis berkenaan pasukan Manchester United. Apa pun, memandangkan aku juga salah seorang peminat pasukan Samba so majalah ni kira best juga ler.

Berita yang paling menggemparkan bila Ronaldo nak meninggalkan MU. Pada mulanya, aku rasa tak seronok ler coz dia ni memang power and kebanyakan game MU memang bergantung kepada dia. Jika dia perform maka MU bole perform. Tapi apa pun, aku tak salahkan dia untuk pergi ke Real. kalau aku ditawarkan pun, aku mesti terima. Mahal beb bayaran dia dapat. Apa pun goodluck buat Ronaldo kat sana. Jangan jadi macam Ronaldo (Brazil) udah ler.

Sunday, August 23, 2009

Table Keputusan EPL Minggu Ke 3


EPL Minggu Ke 3

Monday, August 24

Fulham 0 vs 2 Chelsea
Burnley 1 vs 0 Everton


Sunday, August 23

West Ham 1 vs 2 Tottenham
Arsenal 4 vs 1 Portsmouth
Birmingham 0 vs 0 Stoke
Sunderland 2 vs 1 Blackburn
Hull 1 vs 0 Bolton
Man City 1 vs 0 Wolverhampton
Wigan 0 vs 5 Man United

Wednesday, August 19, 2009

JADUAL PERLAWANAN PASUKAN MANCHESTER UNITED BAGI BULAN OGOS 2009

15 August 2009
MU VS Birmingham
Home
10.00 PM

19 August 2009
Burnley VS MU
Away
02.45 a.m.

22 August2009
Wigan VS MU
Away
10.00 p.m.

29 August2009
MU VS Arsenal
Home
10.00 pm

*tarikh dan waktu sebenar perlawanan adalah tertakluk kepada perubahan

First Team MU 2009/10



Sir Alex Ferguson


Manager From : 06 Nov 1986
Years as Manager : 24


Premier League
1993, 1994, 1996, 1997, 1999, 2000, 2001, 2003, 2007, 2008, 2009


FA Cup
1990, 1994, 1996, 1999, 2004


League Cup
1992, 2006, 2009


UEFA Champions League
1999, 2008


FIFA Club World Cup
2008


UEFA Super Cup
1992


UEFA Cup Winners Cup
1991


Inter-Continental Cup
1999


FA Charity / Community Shield
1990 (shared), 1993, 1994, 1996, 1997, 2003, 2007, 2008

Kekalahan Pertama MU Musim Ini Ditangan Pendatang Baru

Dream start: Robbie Blake, centre, celebrates his early goal for Burnley Photo: PA

Burnley 1 : 0 Manchester United

Sir Alex Ferguson discovered the true cost of his decision to allow Cristiano Ronaldo to leave Manchester United for Real Madrid as Robbie Blake’s first-half goal sent his toothless champions to defeat.

Blake, the journeyman forward who cost £250,000 when rejoining the club from Leeds United in 2007, marked Turf Moor’s first top-flight fixture for 33 years with a goal to fit the occasion, scoring with a blistering 18th-minute volley. But despite the romance of Burnley’s famous victory, United had only themselves to blame.

Sir Alex Ferguson discovered the true cost of his decision to allow Cristiano Ronaldo to leave Manchester United for Real Madrid as Robbie Blake’s first-half goal sent his toothless champions to defeat.

Blake, the journeyman forward who cost £250,000 when rejoining the club from Leeds United in 2007, marked Turf Moor’s first top-flight fixture for 33 years with a goal to fit the occasion, scoring with a blistering 18th-minute volley. But despite the romance of Burnley’s famous victory, United had only themselves to blame.

Burnley chairman Barry Kilby had declared before this game that his club were the 'Sandinistas of the Premier League’ due to this determination that Coyle’s team strike a blow for the little man against the established order, but the top tier of English football is no easy place to break the mould.

The champions were strangely impotent in the first half as Burnley, spurred on by the bear-pit atmosphere, dominated and deservedly took the lead through Blake’s stunning volley.

Ferguson’s starting XI certainly encouraged Burnley to be adventurous. With Ji-sung Park and Anderson deployed on both flanks, United lacked the attacking instinct of Nani and Antonio Valencia. How they could have done with Ronaldo.

The home side took advantage and £3 million record signing Steven Fletcher and Chris McCann went close inside the penalty area before Blake scored Burnley’s first top-flight goal since 1976.

United, missing the injured Rio Ferdinand and Nemanja Vidic at the heart of their back four, allowed Martin Paterson to collect Wade Elliott’s pass 12 yards from Ben Foster’s goal, but the England goalkeeper blocked Paterson’s shot.

The danger was not cleared, however, and after two scuffed United attempts to kick the ball to safety, Blake opened the scoring with a vicious right-foot volley from close range that arrowed past Foster at the near post.

Turf Moor shook with Blake’s goal, but the noise levels did not subside and Burnley capitalised on the raucous backing by continuing to push United on to the back foot.

Fletcher attempted to beat Foster with scissor-kick on 23 minutes before United finally gained a foothold in midfield, with Rooney dropping back to orchestrate attacking forays. Rooney twice shot wide from 25 yards, prompting ironic chants of 'You’re not Robbie Blake!’ from the Burnley supporters, but United were not seriously testing goalkeeper Brian Jensen.

Owen, in front of Fabio Capello, directed a glancing header wide from a Wes Brown cross before the United forward’s pass to Patrice Evra on 45 minutes led to referee Alan Wiley awarding the visitors a penalty as a result of Blake’s rash challenge on the French full-back.

Here was United’s chance, yet instead of grasping the opportunity to score his 100th United goal, Rooney allowed Carrick to take the spot-kick. Bad decision.

Jensen’s penalty shoot-out heroics against Chelsea in the Carling Cup last season underlined his ability to outfox opponents from 12 yards and the Dane made easy work of saving Carrick’s penalty.

Burnley’s challenge in the second-half was to hold out. Without Ronaldo, United lack the pace on the counter attack that often rescued them in the past, but in Rooney and Ryan Giggs, they still possessed the players capable of killing the home side with a pass.

Park had a shot blocked, Rooney sent another long range strike off target and Jensen kept out Park’s low drive from 20 yards with a fine diving save.

Ferguson withdrew Owen and sent on Dimitar Berbatov, but Burnley merely stiffened their resolve and midfielders became defenders as the clock ticked towards a nervous finale.

Despite their obvious fatigue, Burnley held on to record their first victory over United since 1968.


KEPUTUSAN PERLAWANAN (20 OGOS 2009)

Sunderland 1 : 3 Chelsea
Wigan 0 : 1 Wolverhampton Wanderers
Birmingham City 1 : 0 Portsmouth
Liverpool 4 : 0 Stoke City
Burnley 1 : 0 Manchester United
Hull City 1 : 5 Tottenham Hotspur

Puteri Kesayangan: Nur Aina Nabila


Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana kami telah dianugerahkan dengan seorang puteri yang sangat cantik dan bijak. Semoga kehadirannya akan membahgiakan keluargaku. Gambar ini dirakamkan pada 27 September 2008.

Tuesday, August 18, 2009

Isteri Tercinta


Sebagai seorang peminat fotografi, saya masih terlalu baru dalam mengenal teknik terbaik untuk shhot gambar yang baik. ini adalah salah satu shoot yang saya sempat hasilkan ketika saya sedang drive balik kampung. My Lovely wife sedang meriba anakanda tercinta. Apa-pun nasihat saya, jangan ler snap gambar time drive macam ni... Bahaya woooooo... hehehe

MU Belum Panas

United masih belum panas

BURNLEY, England - Manchester United secara tradisinya akan mula menguasai saingan untuk memburu kejuaraan Liga Perdana England apabila memasuki pertengahan musim saingan.
Musim lalu, mereka terpaksa menunggu sehingga pulang dari kejohanan Kelab Piala Dunia untuk memintas Liverpool dalam laluan untuk memenangi kejuaraan tiga kali berturut-turut.
Namun, hanya mengalahkan Birmingham 1-0 pada perlawanan pembukaan di Old Trafford, pemain pertahanan John O'Shea menegaskan, United merancang untuk mengemudi liga mulai awal musim.

United akan berdepan satu lagi kelab yang dinaikkan ke Liga Perdana di Turf Moor untuk berdepan Burnley, yang kembali ke saingan liga utama selepas 33 tahun.
Dan O'Shea yakin United akan terus memperlihatkan hasrat mereka itu pada minggu pembukaan musim ini, walaupun pasukan itu bergelut dengan masalah kecederaan pemain.
Pemain antarabangsa Republik Ireland itu gembira kerana United bermula dengan kemenangan dan berazam untuk meneruskannya apabila berdepan skuad Claret.
Katanya: "Kami tidak mahu menjadi pasukan yang menghambat pasukan lain, walaupun hanya selepas satu perlawanan.
"Lain-lain pasukan kelihatan semakin kuat ketika ini, jadi adalah penting untuk kami mengukuhkan penguasaan di awal musim.
"Kami memulakan kempen dua musim sebelum ini dengan keputusan seri, jadi kami amat gembira kerana meraih tiga mata ke atas Birmingham. Kini kami berdepan satu lagi perlawanan sukar di Burnley."
United diramal akan menguatkan lagi bahagian pertahanan apabila beraksi di Turf Moor esok kerana Jonny Evans dijangka tidak beraksi akibat kecederaan pergelangan kaki.
Dengan Nemanja Vidic juga dijangka tidak akan kembali beraksi sehinggalah perlawanan di tempat lawan dengan Wigan pada Sabtu ini, Rio Ferdinand tidak beraksi selama dua minggu, Wes Brown dijangka akan beraksi.
''Saya pasti Michael (Owen) akan mendapatkan semula sentuhan gol tidak lama lagi, seperti mana Wayne (Rooney), yang telah pun menjaringkan gol.
"Bagi Wayne, saya rasa persediaan pramusim amat penting untuk dia mendapat penyudah tajam yang diperlukannya," kata O'Shea lagi. - AFP
(Utusan malaysia : 19 Ogos 2009)

Monday, August 17, 2009

MY family


assalamualaikum..

Terlebih dahulu baik kiranya saya memperkenalkan diri saya sebagai penulis blog ini. Saya lebih dikenali sebagai adie oleh rakan-rakan. Saya punyai seorang isteri yang sangat cantik pada pandangan mata saya(Norbaini Bt Ibrahim) . Cantik rupa dan santun. Cantik juga rohaninya. Emmm sebab tu juga ler buat masa ini kami telah dianugerahkan oleh Ilahi seorang puteri yang comel (Nur Aina Nabila). hehehe....

Rooney tanpa Ronaldo

Rooney dicabar atasi 20 jaringan

MANCHESTER, England - Sir Alex Ferguson mencabar Wayne Rooney supaya mengatasi jumlah 20 gol jaringannya musim lalu selepas penyudah penyerang United itu memadai untuk Manchester United menang 1-0 ke atas Birmingham City di Old Trafford kelmarin.
Jaringan Rooney pada minit ke-34 memberi kelainan ketika United bergelut akibat ketiadaan pertahanan tengah, Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic yang cedera, untuk merekodkan kemenangan pada hari pembukaan kempen mereka.
Ferguson berkata: ''Dia menyempurnakan jaringan dengan baik. Tandukannya amat baik dan dia membuat susulan bola melantun dengan pantas dan reaksinya itu menuju ke arah yang tepat.
"Saya harap jaringan itu akan memberikan dia laluan yang betul selepas jaringannya minggu lalu.
"Lebih penting jaringannya adalah untuk kami pada seluruh musim kerana adalah bagus jika anda ada dua atau lebih penyerang yang boleh memberikan anda lebih 20 gol. Dia mempunyai keupayaan itu dan kami tidak meminta yang mustahil daripadanya.''
United, yang memburu kejuaraan liga empat berturut-turut musim ini, bermula positif ketika mereka mahu membuktikan kelab itu masih memiliki potensi serangan tanpa Cristiano Ronaldo yang menyertai Real Madrid Jun lalu.
Dimitar Berbatov gagal menyempurnakan peluang terbaik di awal permainan di dalam kawasan penalti apabila penjaga gol pasukan lawan, Joe Hart meluru lebih awal.
Rooney juga mempunyai peluang gol daripada bola melantun namun ia digagalkan oleh pertahanan Birmingham yang komited.
Hart sekali lagi berada pada tahap terbaik tidak lama selepas itu apabila sepakan lencung Rooney dari jarak 20 meter yang tepat ke penjuru gawang, berjaya ditolak melepasi palang menerusi aksi akrobatik.
Birmingham turut cuba untuk menggegar gawang menerus gerakan James McFadden yang membuat hantaran dari sebelah kiri.
Namun, tiada rakan sepasukan yang menanti di dalam kawasan penalti United apabila pasukan pelawat 'berkampung', polisi yang ternyata berhasil sehinggalah Rooney akhirnya menghasilkan jaringan.
Rooney menyaksikan tandukannya hasil hantaran silang Nani terkena tiang, namun tuah memihak kepadanya apabila bola tepat menghala ke arahnya untuk pemain itu mudah menolak bola melepasi garisan gol.
Pada babak akhir separuh pertama, Birmingham sepatutnya mendahului 2-1.
Pertama, sepakan deras Cameron Jerome dari jarak 20 meter tersasar selepas terkena Paul Scholes.
Keduanya, bermula daripada sepakan sudut, Patrice Evra terpaksa melakukan tandukan terbang untuk mengeluarkan bola dari atas garisan gol hasil percubaan Franck Queudrue.
Babak pertama juga sepatutnya berakhir dengan gol kedua untuk United, tetapi percubaan Darren Fletcher tidak tepat selepas gerakan menarik dengan Evra di sudut kanan.
Selepas rehat, percubaan jarak jauh Rooney ditangkap kemas oleh Hart, namun rentak permainan tidak serancak babak pertama.
Lee Carsley menjadi penyelamat Birmingham apabila dia menafikan percubaan Berbatov pada minit ke-70, sebelum pasukan pelawat melepaskan peluang keemasan pada 12 minit terakhir perlawanan.
Namun, Christian Benitez gagal menewaskan Foster hasil percubaan jarak dekat apabila penjaga gol United itu menepis bola keluar dari pintu gol.
Sementara itu, pengurus Birmingham, Alex McLeish berpuas hati dengan percubaan pasukannya dan kagum kerana kerana para pemainnya tidak mengendurkan cabaran walaupun menentang pasukan juara itu di Old Trafford.
Katanya: ''Kami perlu menggunakan perlawanan ini untuk meningkatkan keyakinan, kami boleh beraksi pada perlawanan seterusnya bersama bukti mengenai prestasi hebat ini.
"Ia amat menggalakkan. Para pemain wajar mendapat pujian daripada perlawanan ini kerana mereka beraksi di tempat lawan tanpa rasa takut.'' - AFP

(Utusan Malaysia : 18 Ogos 2009)

Minggu Pertama EPL 2009/10

Result EPL Game


Saturday 15th August 2009

Chelsea 2-1 Hull City
Stamford Bridge


Aston Villa 0-2 Wigan Athletic
Villa Park

Blackburn Rovers 0-2 Manchester City
Ewood Park

Bolton Wanderers 0-1 Sunderland
Reebok Stadium


Portsmouth 0-1 Fulham
Fratton Park


Stoke City 2-0 Burnley
Britannia Stadium


Wolverhampton Wanderers 0-2 West Ham United
Molineux

Everton 1-6 Arsenal
Goodison Park


Sunday 16th August 2009
Manchester United 1-0 Birmingham City
Old Trafford


Tottenham Hotspur 2-1 Liverpool
White Hart Lane