Pages

Online TV

Monday, October 18, 2010

MENJELANG SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2010

Red Warriors Tak Dabik Dada
Oleh Adnan Mohamad
bhsukan@bharian.com.my
2010/10/19


KEMENANGAN 3-0 ke atas Selangor, bukan tiket untuk Kelantan berbangga diri menjelang perlawanan menentang Kedah di Stadium Darulaman, malam esok. Meskipun kini dilabel pasukan pilihan selepas menyingkirkan Selangor, pengendali Kelantan, B Sathianathan lebih cenderung untuk menganggap barisannya sebagai ‘underdog’ apabila berdepan Kedah kali ini.

Ini kerana, Sathia akur kepada rekod pertemuan antara dua pasukan terbabit sepanjang Liga Super dan Piala FA tahun ini yang lebih memihak Kedah manakala reputasi selaku juara beberapa kali mengesahkan kehebatan barisan Ahmad Yusoff.

“Dari segi pemain saja, Kedah memiliki kelebihan dengan lima pemain skuad kebangsaan, berbanding hanya dua bersama Kelantan ketika ini. Kehadiran mereka menunjukkan Kedah amat berbahaya dan perlu diawasi jika mahu menang.

“Keupayaan Kedah menundukkan Terengganu, 3-0 di Stadium Darulaman baru-baru ini memang mengejutkan kerana bukan sebarang pasukan yang boleh melakukannya. Lantaran itu, saya menyifatkan kunjungan ke Alor Setar kali ini cukup getir dan Kelantan perlu berhati-hati.

“Walaupun dua pemainnya, Mohd Sabre Mat Abu dan Khairul Helmi Johari, dikatakan tidak dapat beraksi, Kedah masih mempunyai pemain lain yang mampu menggugat pertahanan Kelantan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sathia berkata, dia masih menumpukan usaha memantapkan persefahaman antara pemainnya kerana mahu mereka mengekalkan corak permainan kemas seperti ketika bertemu Selangor, Jumaat lalu dan kepakaran dua tonggak, Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Badhri Radzi, sekali lagi ditagih.
“Saya mahu semua pemain berusaha sebaik mungkin untuk membawa bekalan jaringan selesa sebelum mempertahankannya di kubu sendiri Sabtu ini,” katanya.

Sunday, July 18, 2010

PIALA DUNIA DAN YANG PERTAMA

Semuanya Pertama

PIALA Dunia 2010 memecah rekod apabila ia diadakan di bumi Afrika, dengan pasukan Sepanyol menyertai pasukan elit juara dunia, ia membawa dua perkara pertama kali direkodkan dalam sejarah kejohanan. Hakikatnya, keseluruhan kejohanan dipenuhi dengan perkara belum pernah berlaku, daripada keputusan pasukan hinggalah pencapaian pemain. Berikut senarai penuh perkara yang pertama kali berlaku pada Piala Dunia kali ini.



Slovenia dan Greece masing-masing mencipta kejutan di Piala Dunia apabila menang di Afrika Selatan, Slovenia menewaskan Algeria 1-0 hasil jaringan Robert Koren dan jiran Eropah mereka (Greece) turut membenam Nigeria 2-1.



Jepun juga mencipta kemenangan malah menang pertama kali Piala Dunia di luar negaranya sendiri apabila mengalahkan Cameroon 2-1 pada perlawanan pembukaan, lapan tahun selepas mereka menewaskan Tunisia 2-0 di Osaka.



Bagi New Zealand, keputusan seri 1-1 dengan Slovakia pada perlawanan pembukaan adalah mata pertama di Piala Dunia berikutan kalah semua tiga perlawanan pada 1982, Kiwis mengekalkan rentak mereka dengan keputusan seri 1-1 dengan Itali dan 0-0 dengan Paraguay.





Gol pertama

Gol penyamaan Dimitrios Salpingidis ketika menentang Nigeria mengakhiri kemarau gol Greece di Piala Dunia, jaringannya itu muncul selepas 404 minit bersamaan empat perlawanan tanpa sebarang gol. Denmark pula tersingkir apabila dibelasah Jepun 3-1, jaringan tiga gol pertama kali Jepun di pusingan akhir Piala Dunia.



Sementara itu, jaringan penyamaan pemain tengah Michael Bradley ketika Amerika Syarikat (AS) seri dengan Slovenia adalah gol pertama skuad dibimbing ayahnya yang menjadi jurulatih AS.



Penalti pertama
Vladimir Stojkovic boleh berbangga apabila menjadi penjaga gol Serbia pertama menyelamatkan sepakan penalti di Piala Dunia apabila menepis keluar sepakan pemain Jerman, Lukas Podolski. Berbeza pula nasib David Villa yang menjadi pemain Sepanyol pertama gagal menyempurnakan sepakan penalti sekali gus gagal mencipta jaringan hatrik sesudah sepakan penaltinya menentang Honduras tersasar.



Sepanyol bagaimanapun boleh berbangga kerana penjaga gol, Iker Casillas menjadi penjaga gawang pertama juara dunia itu menyelamatkan sepakan penalti pada dua Piala Dunia berbeza. Pemain Real Madrid itu menyelamatkan sepakan penalti pemain Ireland, Ian Harte pada Piala Dunia Jepun/Korea 2002 dan selepas itu mengecewakan Oscar Cardozo dari Paraguay pada saingan suku akhir.



Selain itu, Asamoah Gyan meletakkan namanya dalam buku sejarah apabila menjadi pemain pertama gagal menyempurnakan sepakan penalti di edisi Piala Dunia berlainan, apabila gagal dalam cubaannya ketika menentang Republik Czech di Jerman pada tahun 2006 dan kemudian gagal ketika menentang Uruguay pada saingan suku akhir.



Pemain Pertama Kali
Cuauhtemoc Blanco boleh bermegah apabila dia adalah pemain Mexico pertama menjaringkan gol pada tiga kejohanan Piala Dunia berbeza dengan menambahkan gol di Afrika Selatan apabila menjaringkan gol ketika menentang Perancis. Rigobert Song tidak diturunkan oleh Cameroon pada kejohanan kali ini, namun dia pulang ke tanah air dengan rekod sebagai pemain Afrika pertama muncul empat kali di Piala Dunia.



Agak menyedihkan apabila pemain Nigeria, Sani Keita dan pemain Switzerland, Valon Behrami menjadi pemain pertama negara masing-masing mendapat kad merah pada pusingan akhir Piala Dunia selepas mereka dibuang padang ketika menentang Greece dan Chile.



Peningkatan Pertama



Paraguay melangkah ke suku akhir buat pertama kali di Afrika Selatan. Bagi Afrika Selatan, mereka menjadi negara tuan rumah Piala Dunia pertama tersingkir pada saingan peringkat kumpulan.



Pasukan Pertama Kali



Kemenangan 1-0 Chile ke atas Honduras dan Switzerland adalah kemenangan Piala Dunia sulung mereka di luar Amerika Selatan, La Rojas sebelum ini mencipta kemenangan ke atas Uruguay pada 1930, Brazil 1950 dan Chile 1962.



Algeria mencipta rekod tanpa bolos pertama di peringkat antarabangsa selepas seri tanpa jaringan dengan England, sementara Paraguay menjuarai kumpulan mereka buat pertama kali. Belanda pula berjaya mengatasi rekod skuad sebelum ini apabila menang ketiga-tiga perlawanan kumpulan mereka.



Akhir sekali barisan pasukan yang melangkah ke peringkat suku akhir tidak pernah seperti ini sebelum ini apabila pasukan Amerika Selatan mengatasi pasukan dari Eropah dengan empat berbanding tiga, namun Benua Tertua itu muncul mengatasi semua benua apabila Sepanyol menjulang trofi Piala Dunia buat pertama kali dalam sejarah.

Metro Ahad : 2010/07/18

Thursday, June 17, 2010

Argentina vs. South Korea

Argentina vs. South Korea World Cup 2010 – Argentina has showed that they are an attacking football team that is able to fight off even the best of opponents throughout their time in the World Cup. They are two time champions, and they were able to stifle the hopes of South Korea in a 4-1 victory. The Argentina team was about to beat South Korea 4-1 in the World Cup and their most recent victory shows that they can beat virtually anyone that is thrown at them, given that they play up to their potential.

SPAIN vs SWITZELAND

One more football match has just been finished in the FIFA World Cup 2010 currently being held at South Africa. The second football match scheduled for today, June 16 between Spain vs Switzerland concluded with an unexpected result of Switzerland being the winner with a final score of 1-0.
It was supposed to be in favor of Spain as they did great in past World Cup titles but unfortunately, luck did not strike to them at this football match with Switzerland. Definitely there were a lot of World Cup fans who were dismayed with Spain’s performance in this World Cup 2010 match against Switzerland.

As with the previous FIFA World Cup 2010 football matches, the only goal committed by Switzerland in this game happened during the second half in the 52nd minute made by Fernandes. Switzerland scored completely against the run of play. Spain was stunned by a quick ball upfield with Derdiyok from Switzerland edging the ball past Casillas of Spain and Fernandes bundling the ball over the line making a successful goal.

With this win of Switzerland against Spain, they have now equalled Italy’s record of 5 consecutive FIFA World Cup matches without conceding a goal. They have now gone 484 minutes without conceding behind only Italy (550) and England (501). Congratulations to Switzerland for winning this FIFA World Cup 2010 match against Spain. You have proven yourselves that you are also a force to be reckoned with.

Portugal vs Ivory Coast

Ivory Coast tied 0-0 with Portugal in the teams' opening match of the World Cup on Tuesday, largely outplaying its higher-ranked opponent despite Didier Drogba only coming on as a late substitute.

Portugal captain Cristiano Ronaldo hit the post early, but Ivory Coast otherwise created the better openings in the Group G match.

"It was a tight game; not many occasions to score," Ivory Coast coach Sven-Goran Eriksson said. "I thought if any team was going to win, it was we. We created some more chances than they did. I am very, very happy with the performance.

"If you think about discipline and organization, I think we were organized for all 90 minutes," Eriksson added. "They have a very good team and a lot of very good footballers, but I think we handled it very well."

Drogba came on as a 66th-minute substitute for Chelsea teammate Salomon Kalou after FIFA cleared him to play with a cast on the arm he broke in a warmup match against Japan on June 4.

He was only passed fit shortly before kickoff at the Nelson Mandela Bay Stadium and his entrance was greeted by huge cheers, with vuvuzelas drowning out drumming by Ivorian fans for the first time in the match.

But Drogba had little effect on a defense that struggled to contain Lille strikers Gervinho and Aruna Dindane, Ivory Coast's leading scorer when it was knocked out of the first round at the 2006 World Cup.

Still, Eriksson watched his Drogba move freely, largely untroubled by an injury that had threatened to prevent him from taking any part in the monthlong World Cup.

"I spoke to him after training yesterday evening and he said he preferred to be on the bench," Eriksson said. "He said, 'Boss, if you need me, I am there.' I hoped we would not need him but we wanted to win the game so we did what we did.

"We did not put any pressure on him."

Ivory Coast picked up another injury problem late on when Kolo Toure went down clutching his leg and signaled to the bench for help.


The central defender had treatment behind the goal line for a couple of minutes and hobbled back into action but needed repeated treatment to his left knee with just minutes left.

Record five-time world champion Brazil plays North Korea in Tuesday's other Group G match.

Gervinho tormented right back Paulo Ferreira until his 82nd-minute replacement by Abdul Keita.

Ronaldo's best chance came in the 11th minute with a swerving 30-meter (yard) shot that evaded goalkeeper Boubacar Barry but bounced off the left post.

Drogba, sitting among the substitutes, reacted to the near miss by blowing out his cheeks and drawing the sign of the cross across his shoulders.

Ronaldo had already shown the less attractive side of his game three minutes earlier when he won a free kick, pushing the ball past Didier Zokora and tumbling theatrically to the ground even though replays appeared to show there was no contact.

Zokora received the first of the three yellow cards and, although Ronaldo blasted the 35-meter (yard) kick into the wall, the chance relieved the pressure Ivory Coast's three-man attack had been putting on Portugal's defense.

Guy-Roland Demel then brought down Ronaldo with a sliding foul in the 21st minute and referee Jorge Larrionda booked both for squaring up to each other. Demel turned away without complaint but Ronaldo argued with the official, asking what he had done wrong.

Ronaldo also tapped in from close range in the 72nd minute but the referee had already blown his whistle for offside.

Monday, March 29, 2010

'Dua R' Inspirasi Bayern, United

LONDON: Dua bintang besar – Wayne Rooney dan Franck Ribery – harus menyuntik inspirasi dan mengubah haluan pasukan masing-masing apabila bekas juara, Manchester United dan Bayern Munich bertembung dalam saingan suku akhir pertama, Liga Juara-Juara Eropah, hari ini (awal pagi Rabu waktu Malaysia). Perlawanan ini juga bakal menerbitkan segala tarikan global ketika ia ulangan kepada final 1999 yang dimenangi United secara dramatik di Barcelona. “Sejarah bertemu Bayern dalam perlawanan peringkat Eropah akan menceritakan ia bakal menjadi sukar kepada kami,” kata pengurus United, Alex Ferguson, semalam.

Pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge berkata: “Sejak final 1999, pertemuan dengan United sangat menarik. Pertembungan ini mempunyai sejarah tersendiri dan saya tidak sabar menunggunya.”

Dalam satu lain perlawanan peringkat sama dua kelab Perancis – Olympique Lyon dan Girondins Bordeaux akan menentang sesama mereka yang menyaksikan aksi kelab dari enam negara buat pertama kali sejak 1998-1999.

Apapun, kelibat Rooney kini membuat Bayern gelisah sehingga ketua pasukan, Mark van Bommel menyuarakan penyerang antarabangsa England sebagai pengancam terbesar kerana berada pada prestasi terbaik ketika ini meledakkan gol.

“Ia tidak mudah untuk menyekat Rooney. Dia pemain yang hebat dan kami berasa tiada guna sentiasa membayanginya kerana dia ada muslihat melepaskan diri dan sekelip mata berada dalam posisi meledakkan gol,” katanya.

Apapun, dia beranggapan jika United ada Rooney, Bayern boleh menaruh harapan kepada sumbangan Ribery mencipta kemenangan di halaman sendiri nanti.

“Mana-mana pasukan di Eropah akan gembira memiliki Ribery. Saya harap dia cergas apabila menentang United. Dia pemain bagus dan kami amat memerlukannya. Dia antara penyerang terbaik di Eropah dan dia adalah kekuatan kami mengimbangi kelibat Rooney,” tambah Bommel.

Sementara itu, pengurus Bordeaux, Laurent Blanc mahu pemainnya mengikis kecewa kegagalan dalam final Piala Liga Perancis untuk bangkit menewaskan kelab senegara, Lyon, hari ini.

“Kami harus bangkit segera, mengikis rasa kecewa dan memikirkan kemenangan semula,” katanya.

Berita Harian : 30 Mac 2010

Bayern Pincang Berdepan United

BERLIN - Bayern Munich tidak pernah melalui tempoh terburuk musim ini, di saat ia bakal berdepan gergasi bola sepak England, Manchester United pada suku akhir pertama Liga Juara Juara, esok.

Kelab Bavaria itu, yang melalui saat terbaik pada tiga kejohanan selepas rehat musim sejuk, baru sahaja mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam Bundesliga, tunduk 1-2 kepada VfB Stuttgart, Sabtu lalu.

Bayern yang bakal berdepan United, 11 tahun selepas mereka kalah 1-2 pada final Liga Juara-Juara 1999, apabila kelab England itu menjaringkan dua gol pada babak akhir perlawanan, juga tanpa pemain terbaik mereka musim ini.

Pemain sayap Belanda, Arjen Robben mengalami kecederaan pangkal paha, yang dialaminya ketika menentang Stuttgart dan dia belum pasti diturunkan.

Pemain tengah. Bastian Schweinsteiger pula digantung perlawanan.

"Mungkin keputusan perlawanan mampu bertukar tidak seteruk mana namun, ia kelihatan sukar buat kami untuk pertembungan dengan Manchester," kata jurulatih Bayern, Louis van Gaal.

Robben beraksi cemerlang pada pertengahan minggu lalu, menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan ketika menentang Schalke 04, yang meletakan Bayern mara ke final Piala Jerman.

"Ia pasti amat perit jika dia tidak dapat beraksi pada perlawanan besar seperti ini,'' kata pemain pertahanan Bayern, Philipp Lahm.

Namun, Van Gaal mempunyai pemain tonggak Franck Ribery yang cergas, juga pertahanan tengah Martin Demichelis, yang mengalami kecederaan di muka ketika beraksi pada perlawanan persahabatan di antara Argentina dan Jerman, bulan ini.

Penyerang Mario Gomez juga sudah pulih dari masalah otot, walaupun kurang menjalani latihan. - Reuters


Utusan Malaysia : 30 Mac 2010

Pertemuan Bayern, United pasti sengit

MUNICH - Bayern Munich dan Manchester United bakal mengharungi minggu penentuan penuh getir di tempat sendiri dan lawan, bermula dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara, esok. Selepas perlawanan pusingan pertama kejohanan kelab Eropah di Allianz Arena, kedua-dua pasukan akan menghadapi perlawanan penentuan musim bagi liga tempatan, sebelum kembali bermain di Manchester.

Bagaimanapun, Bayern sedikit goyah dalam menghadapi perlawanan pertama Liga Juara-Juara, setelah mengalami dua kekalahan berturut-turut di saingan Bundesliga.

Dua kekalahan tersebut menyebabkan gergasi kelab Jerman itu terpaksa melepaskan kedudukan pendahulu liga.

Bayern tumpas 1-2 kepada Stuttgart di gelanggang sendiri, manakala Schalke pula mencatat kemenangan 2-0 di Bayer Leverkusen.

Keputusan tersebut membolehkan Schalke menerajui Bundesliga dengan kelebihan dua mata, sebelum peneraju baru tersebut menentang Bayern di Gelsenkirchen, Sabtu ini.

Sementara itu, United mempunyai tonik terbaik untuk pertemuan Liga Juara-Juara esok, setelah mencatat kemenangan bergaya 4-0 ke atas Bolton pada perlawanan Liga Perdana England, baru-baru ini.

Selepas menentang Bayern, United bakal berhadapan Chelsea, Sabtu ini.

Perlawanan Sabtu ini sangat penting buat kedua-dua kelab England tersebut bagi menentukan siapakah yang mempunyai kelebihan awal untuk menjuarai menjuarai piala liga.

United ketika ini menerajui Liga Perdana England dengan kelebihan satu mata.

Pengurus United, Alex Ferguson telah pun merehatkan penjaring terbanyak, Wayne Rooney dan tonggak pertahanan, Rio Ferdinand bagi menghadapi perlawanan Sabtu ini.

Namun begitu, bos United itu menyatakan bahawa ia adalah langkah berwaspada yang cuba dilakukannya menjelang 'minggu penting' kelab tersebut.

"Mereka hanya berhadapan dengan sedikit masalah kesakitan. Wayne (Rooney) mengalami lebam di kaki. Jika dia beraksi, dia pasti akan mengalami kesakitan teruk, sekali gus berkemungkinan tidak dapat diturunkan Selasa ini (hari ini).

"Kami akan menempuhi minggu penting dan perlu menggunakan skuad utama dalam situasi seumpama ini.

"Apa yang pasti, saya tidak ragu-ragu dengan perkara tersebut secara keseluruhannya. Mereka telah melaksanakan tugas dengan sempurna dan saya akan menggunakan khidmat Rooney serta Ferdinand pada pertemuan Selasa ini," kata Ferguson. - AP

Utusan Malaysia : 30 mac 2010

Monday, March 22, 2010

Rentak Juara

Ji-Sung Bakal Tonggak MU: Fergie



MANCHESTER: Alex Ferguson percaya Park Ji-sung bakal menjadi tonggak utama Manchester United dalam masa terdekat apabila pemain dari Korea Selatan itu menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Liverpool 2-1.

Tandukan Ji-sung pada babak kedua permainan di Old Trafford kelmarin melonjakkan United kembali ke persada Liga Perdana Inggeris, sekali gus menampilkan kebolehan sebenar pemain berusia 29 tahun itu pada perlawanan besar. Sepanjang setahun lalu, Ji-sung dipupuk daripada pemain biasa kepada tonggak penting dalam kesebelasan utama Ferguson ketika berdepan perlawanan-perlawanan besar, dan jelas dia tidak mengecewakan kepercayaan pengurus pasukannya itu. Musim lalu, Ji-sung menjaringkan gol penting pada pertemuan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Arsenal, dan mencatat rekod sebagai pemain Asia pertama beraksi di final kejohanan bola sepak tersohor Eropah itu.



Perlawanan menentang Milan yang berkesudahan 4-0 mempamerkan keupayaan Ji-sung di pelbagai posisi, apabila dia menjaga Andrea Pirlo dengan begitu rapi, kemudian bertindak sebagai penyerang ketika bertemu Liverpool yang menghasilkan gol kemenangan.

“Dia antara pemain yang boleh diletakkan di mana saja kerana mempunyai kebijaksanaan dan disiplin yang tinggi,” kata Ferguson. United kini dua mata mengatasi pencabar terdekat, Arsenal, dan empat mata mengatasi Chelsea. – AFP


(Berita Harian : 23 Mac 2010)








Park Rangsang Ghairah United

MANCHESTER, England – Alex Ferguson percaya Park Ji-sung semakin menjadi orang penting dalam Manchester United selepas pemain Korea Selatan itu menjaringkan gol kemenangan 2-1 menewaskan Liverpool dalam liga, kelmarin.

Tandukan Park dalam babak kedua di Old Trafford, kelmarin membantu United kembali ke tangga teratas Liga Perdana, sekali gus membuktikan di masih penting untuk perlawanan kelas tinggi.

Sepanjang 12 bulan lalu, Park banyak memainkan peranan penting dalam skuad Ferguson terutama perlawanan getir dan kelazimannya, dia menyajikan kemenangan kepada pengurusnya itu.

Musim lalu, dia menjaringkan gol penting ketika menewaskan Arsenal dalam separuh akhir Liga Juara-Juara dan menjadi pemain Asia pertama beraksi dalam final Kejohanan Eropah itu.

Tahun ini, dia hanya menjaringkan tiga gol tetapi kesemua bermakna buat pasukannya.
Dia membuka jaringan pertamanya ketika menang 3-1 ke atas Arsenal dan juga ketika membantu United menewaskan AC Milan 4-0 dalam saingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Dalam aksinya menentang Milan, Park adalah orang utama menjaga Andrea Pirlo, tetapi peranannya lebih besar di belakang Wayne Rooney ketika menentang Liverpool dan membuktikannya apabila menjaringkan gol.

‘‘Dia merupakan pemain yang boleh diberikan peranan berdasarkan kebijaksanaan dan disiplinnya.

‘‘Peranannya berbeza sedikit ketika menentang Milan. Apa pun dia tetap penting buat kami. Dia memang berbakat dan usaha gigihnya akhirnya membantu dia menjaringkan gol,’’ kata Ferguson.

United buah masa ini mempunyai kelebihan dua mata mengatasi Arsenal di tangga kedua dan empat mata meninggalkan Chelsea.

Bagi Ferguson pula, berita gembira melibatkan Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic yang kembali cergas menyakinkannya bahawa United mampu mencapai rekod kemenangan ke-19 gelaran liga.

‘‘Saya tidak nampak saingan mengecil, sebaliknya masih terbuka. Namun, saya merasakan dengan kepulangan Vidic dan Ferdinand, ia memberi harapan besar dan membuka peluang buat kami.

‘‘Musim hampir tamat dan menang adalah tumpuan pada masa ini. Kami juga semakin konsisten sejak akhir-akhir ini.

‘‘Memang sukar apabila melepaskan gol sebelum bangkit semula dan menang. Namun, itulah yang dimiliki oleh Manchester United dan kualitinya yang akhirnya memberi kemenangan kepada kami,’’ ujar Ferguson. – AFP


(Utusan Malaysia : 23 Mac 2010)




Ancelotti Akui Manchester United Miliki Kelebihan

BLACKBURN, England - Carlo Ancelotti mengakui Chelsea telah memberikan kelebihan kepada Manchester United dalam perebutan takhta kejuaraan Liga Perdana England selepas melihat skuad bimbingannya seri 1-1 dengan Blackburn.

Dengan hanya mampu meraih satu mata di Ewood Park, ia merupakan satu kegagalan buat Chelsea yang ketinggalan empat mata di belakang United serta berada di tangga ketiga.

Ancelotti menyalahkan pemainnya selepas melihat El-Hadji Diouf memadam kelebihan awal Chelsea melalui jaringan penyamaan pada minit ke-70. Keputusan itu sukar diterima oleh Ancelotti selepas melihat The Blues tersingkir dari Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Inter Milan.

''Kami bermula dengan baik dan menjaringkan gol awal. Kemudian, kami turut berpeluang menggandakan kelebihan jaringan, namun pada separuh masa kedua ia amat sukar.

''Blackburn banyak memenangi penguasaan bola pada separuh masa kedua dan kami hilang rentak sebelum melepaskan gol kepada mereka.

''Kami kembali bangkit untuk bermain namun ia sudah terlambat dan saya cukup sedih. Kami telah terlepas dua mata berharga.

''Saya tidak tahu jika pemain masih terjejas ekoran kekalahan kepada Inter. Kami cuba untuk menang dan melupakan kekalahan kepada Inter. Pada jam pertama, kami bermain cukup baik, namun keputusan ini bukan perkara yang mudah untuk diterima.

''Sekarang ini, cukup sukar buat kami memenangi kejuaraan namun ia tidak mustahil. Kami masih belum hilang keyakinan dan harapan.

''United kini berada di tangga teratas dan kami perlu melupakan apa yang berlaku hari ini secepat mungkin,'' kata Ancelotti.

Namun, Chelsea boleh merapatkan jurang dengan United kepada satu mata jika menang ke atas Portsmouth, esok dan Ancelotti tanpa ragu-ragu yakin anak-anak buahnya mampu mencatat kejayaan ke atas kelab tercorot itu di Fratton Park.

''Kami perlu menang mulai saat sekarang, itu sahaja jalan penyelesaian untuk mara ke hadapan. Terlalu sukar untuk saya jelaskan mengapa ini boleh berlaku namun saya perlu kembali memberi fokus dalam perlawanan seterusnya.

''Satu pasukan perlu bekerjasama supaya memudahkan Chelsea sentiasa mengekori rapat United. Saya tidak tahu berapa banyak mata yang kami perlukan untuk muncul sebagai juara namun kami wajib menang ke atas Portsmouth,'' ujarnya.

Berbeza dengan Ancelotti, pengurus Blackburn, Sam Allardyce begitu gembira dengan cara pemainnya mengecewakan lawan mereka dan memuji persembahan pemain remaja di bahagian pertahanan, Phil Jones yang membuat kemunculan pertama bersama kelab.

''Saya berasakan kami berhak meraih sesuatu pada penghujung permainan. Persembahan kami pada separuh masa kedua cukup baik untuk memberikan kami gol penyamaan. Ia adalah minggu yang besar kepada kami dan ini adalah permulaan yang baik.

''Ramai menjangkakan Chelsea akan menang untuk memudahkan laluan mereka meraih kejuaraan liga. Namun, Chelsea gagal mengambil kesempatan dan kami berjaya bangkit kembali.

''Kemunculan pertama Phil turut memberi kesan dalam perlawanan ini. Satu pasukan telah memberikan segala-galanya tetapi dia merupakan pemain yang paling cemerlang dan nampaknya dia mempunyai masa depan yang sungguh cerah.

''Dia menunjukkan komitmen yang tinggi dan kami berasa begitu gembira. Kami pernah melihat dia bermain tahun ini dan dia telah membuktikan dia amat berpotensi. Dalam perlawanan besar, dia berasakan inilah masanya untuk menunjukkan bakat sebenar dan dia berjaya mengambil kesempatan tersebut.

Drgoba memberikan pendahuluan buat Chelsea seawal minit keenam setelah menerima hantaran silang Nicolas Anelka tetapi Diouf menyamakan kedudukan melalui tandukan, hasil gerakan Michel Salgado pada minit ke-70.

Blackburn dijangka dapat mengatasi zon penyingkiran dan Allardyce yakin pasukannya mampu bertahan di Liga Perdana Inggeris jika meneruskan aksi yang ditunjukkan seperti bertemu Chelsea. - AFP



Utusan Malaysia: 23 mac 2010





*Chealsea dah mengalah ke?

Wednesday, March 17, 2010

Gaji Siapa Paling Lumayan?

Agensi pemasaran Portugal, Futebol Finance telah mengeluarkan senarai 50 pemain bola sepak yang menerima pendapatan tertinggi semusim. Senarai 20 tertinggi adalah seperti berikut:


          Pemain                       Kelab                Gaji  (£ juta)

1. Cristiano Ronaldo             Real Madrid          11.3

2. Zlatan Ibrahimovic            Barcelona              10.4

3. Lionel Messi                     Barcelona                9.1

4. Samuel Eto’o                    Inter Milan              9.1

5. Kaka                                Real Madrid            8.7

6. Emmanuel Adebayor         Man City                 7.4

7. Karim Benzema                Real Madrid             7.4

8. Carlos Tevez                    Man City                  7.0

9. John Terry                        Chealsea                  6.5

10. Frank Lampard               Chealsea                  6.5

11. Theiry Henry                   Barcelona                 6.5

12. Xavi                                Barcelona                 6.5

13. Ronaldinho                      AC Milan                 6.5

14. Steven Gerrard               Liverpool                  6.5

15. Daniel Alves                   Barcelona                  6.1

16. Michael Ballack             Chealsea                   5.6

17. Raul                              Real Madrid              5.6

18. Rio Ferdinand                Man United                5.6

19. Kalo Toure                    Man City                    5.6

20. Wayne Rooney              Man United                5.2

Monday, March 15, 2010

GLORY GLORY UNITED

United Kembali Ke Puncak Liga

MANCHESTER - Manchester United berjaya menebus kekalahan kepada Fulham musim ini selepas mencatat kemenangan dengan jumlah gol yang sama 3-0 di Stadium Old Trafford, semalam.

Kemenangan anak buah Alex Ferguson itu membolehkan mereka kembali berada di puncak Liga Perdana England memintas Chelsea dengan kelebihan dua mata.

Wayne Rooney sekali lagi muncul wira pasukan Red Devils itu selepas meledakkan dua gol pada separuh masa kedua, sebelum Dimitar Berbatov melengkapkan kemenangan bergaya pasukan tuan rumah itu dengan menjaringkan gol ketiga.

Bagaimanapun, pada aksi separuh masa pertama kedua-dua pasukan buntu untuk mencari gol walaupun pasukan pelawat terlebih dahulu melakukan serangan menerusi rembatan Clint Dempsey pada minit kedua tetapi menuju tepat ke arah Edwin van der Sar.

Tersentak dengan serangan tersebut, United mula mengatur strategi pada minit ketujuh dari sebelah kiri yang dimulakan melalui hantaran silang Nani kepada Berbatov, namun pemain Bulgaria itu gagal menanduk tepat ke arah pintu gol.

United mula membuktikan kehebatan mereka pada 10 minit terakhir perlawanan separuh masa pertama dengan melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol Fulham.

Pada minit ke-34, rembatan Darren Fletcher hasil gerakan Nani dan Berbatov juga tidak membuahkan sebarang hasil apabila ia berjaya dihalang pertahanan kanan Fulham, Stephen Kelly.

Selang seminit kemudian giliran Rooney pula membuat gerakan satu dua dengan Berbatov, namun rembatan jarak jauh yang dilakukannya dihalang oleh dua pertahanan lawan yang merebahkan badan serentak.

The Cottagers cuba untuk mengimbangi serangan United dengan melakukan serangan pada minit ke-37, namun sepakan lambung Bobby Zamora yang menerima hantaran cantik Danny Murphy tidak menepati sasaran.

Empat minit sebelum separuh masa pertama tamat, Nani berjaya membawa bola sehingga ke dalam petak penalti Fulham tetapi Kelly berjaya menghalang niat pemain Portugal itu yang ingin melakukan rembatan ke arah gawang golnya.

Kerajinan United melakukan serangan bertubi-tubi ke kawasan Fulham akhirnya berbayar sebaik sahaja perlawanan separuh masa kedua bersambung apabila Rooney menjaringkan gol dengan menyudahkan hantaran Nani pada minit ke-46 hasil gerakan satu dua.

Fulham pula seperti tidak bermaya pada separuh masa kedua dengan hanya melakukan satu percubaan melalui Damien Duff di minit ke-49 selepas ketinggalan 1-0.

Rooney menambah gol kedua peribadinya pada minit ke-82 selepas Berbatov berjaya memperdayakan pertahanan lawan sebelum melakukan hantaran kepada penyerang England itu yang melepaskan rembatan ke arah penjuru pintu gol lawan.

Gol ketiga United menjelma lima minit kemudian selepas Park Ji-Sung melakukan hantaran dari sebelah kiri menuju ke dalam petak penalti Fulham dan Berbatov berjaya menanduk dari jarak lapan meter. - Agensi

(Utusan Malaysia : 15 Mac 2010)



Rooney Terus Meledak

MANCHESTER: Jaringan berganda Wayne Rooney dan satu lagi gol lewat babak permainan daripada Dimitar Berbatov membantu Manchester United melonjak kembali selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Fulham 3-0, malam tadi.
 
Barisan Sir Alex Ferguson sebelum ini menyerahkan status berkenaan kepada Chelsea buat tempoh 24 jam tetapi juara bertahan itu kini mendahului The Blues dengan dua mata dengan Arsenal yang menewaskan Hull City 2-1 kelmarin berada di tempat ketiga.
 
Rooney meledakkan gol pertama tuan rumah 30 saat selepas rehat di Old Trafford dan menambah gol kedua pada babak akhir sebelum Berbatov menanduk gol ketiga United pada minit terakhir. United sebelum ini tewas 3-0 di Fulham awal musim ini tetapi Rooney yang sudah menjaringkan 16 gol dalam 11 penampilan buat United, melemahkan semangat lawan apabila menyudahkan hantaran lintang Nani untuk menewaskan Mark Schwarzer dari jarak 10 ela.
 
Penyerang England itu memuktamadkan keputusan apabila menolak masuk hantaran lintang Berbatov pada minit ke- 84 untuk menjadikan jumlah keseluruhan 32 dalam semua kejohanan.

Berbatov melengkapkan kemenangan apabila melayangkan badan untuk menanduk lintangan pemain sayap Korea Selatan, Park Ji-Sung pada minit ke-89. – AFP
 
(Berita Harian : 15 Mac 2010)
 
 
Rooney Terus Pamer Sengat
 
LONDON: Penyerang prolifik Manchester United, Wayne Rooney terus memastikan pasukan itu berada di takhta Liga Perdana Inggeris apabila dua jaringannya ke atas Fulham, memastikan mereka membawa pulang tiga mata apabila menang 3-0 di depan penyokong sendiri, semalam.

Semua jaringan terbabit disempurnakan pada separuh masa kedua dengan satu lagi gol disumbangkan Dimitar Berbatov pada minit ke-88 .

Kemenangan itu membolehkan United mengumpul 66 mata, dua mata di depan Chelsea dan Arsenal manakala Rooney yang turut melakar rekod cemerlang musim ini, berbangga apabila mengumpul 32 gol dalam semua kejohanan sebaik berakhir perlawanan itu. Rooney menemui peluang terhidang seawal minit pertama separuh masa kedua apabila hantaran Nani meluncur tepat ke kakinya. Berada di depan petak penalti, rembatan kemasnya gagal diselamatkan penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer.

Jaringan kedua pula berlaku pada minit ke-83, sebaik dia menyambut hantaran Berbatov dan menyudahkannya di bahagian sudut kiri gawang lawan. Separuh masa pertama berlangsung tanpa sebarang jaringan apabila percubaan pemain kedua-dua pasukan gagal mencari penyudah tepat untuk gol pertama, biarpun dominasi perlawanan tampak memihak kepada anak buah Sir Alex Ferguson.

Fulham terlebih dahulu mengasak kubu United seawal minit pertama menerusi sepakan Clinton Dempsey tapi berjaya diselamatkan penjaga gol, Edwin Van der Sar tapi tidak lama selepas itu Luis Nani cuba membolosi gawang lawan namun berjaya dihadang Danny Murphy. Berbatov pula kemudiannya cuba menyambut sepakan penjuru Antonio Valencia, untuk rembatan di dalam petak tapi tersasar ke bahagian kanan gawang.

Rooney yang dilihat menjadi nadi United turut beberapa kali cuba untuk membolosi gawang Fulham tapi percubaannya tidak menjadi, sama ada diselamatkan Schwarzer mahupun melayang melepasi gawang.

Separuh masa kedua, terus memberi kelebihan buat United sebaik Rooney memastikan pasukannya berada di depan.

Begitupun percubaan beberapa pemain United antaranya Patrice Evra, Darren Fletcher dan Berbatov, masih belum berupaya menambah jaringan sehinggalah jaringan Rooney dan Berbatov meletakkan United terus selesa sehingga tamat perlawanan. - Agensi


(Harian Metro : 15 Mac 2010)

Sunday, March 7, 2010

MU Menang Lagi

Akhirnya MU sekali lagi berjaya merampas kedudukan teratas liga selepas menundukkan Wolverhampton 1-0. Dengan kemenangan ini maka United kini mendahului dengan 2 mata mengatasi pesaing terdekat Chealsea yang kurang satu perlawanan.

Lain-lain keputusan seperti berikut:


March 8, 2010


Everton 5 vs Hull 1



March 7, 2010

West Ham 1 vs Bolton 2


Man. City 1 vs Tottenham 2


Fulham 1 vs Stoke 2


Blackburn 1 vs Birmingham 2


Aston Villa 1 vs Sunderland 2


Arsenal 3 vs Burnley 1

Tuesday, February 23, 2010

Dah Lama Tak Menulis

Assalamualaikum..
Dah lama aku tak menulis kat blog ni. Busy gila kebelakangan ni. Macam2 hal nak kena settlekan. Emmm hari ni ada masa sikit so boleh ler aku tulis sikit kat sini.

Untuk tahun 2010 ni, setakat ni tak ada banyak sangat benda manarik yang aku dapat kongsi kat sini. Paling buat aku tension ialah Football Game hari sabtu lepas. Apa tak nyer, malam tu dua "Red" team aku tumbang.

1st Red: Man United (Red Devil), game mula jam 8.40 mlm. Red Devil kena belasah 1-3 dengan Everton dalam EPL Game menyebabkan mereka ketinggalan 4 mata dibelakang Chealsea.Arghhhhhhhh Geramnya!!!

2nd Red: Kelantan (Red Warriors), game mula 8.45 mlm. Red Warriors hanya mampu seri di gelanggang sendiri 1-1 bertemu Kedah. So secara automatik agregate 1-1 dan tewas kerana gol di tempat lawan apabila mereka hanya sekadar seri 0-0 di Stadium Darul Aman Kedah. So mereka kecundang untuk layak ke peringkat seterusnya bagi Piala FA.