Pages

Online TV

Saturday, August 18, 2012

RVP sah milik United

RVP kini telah melengkapkan perpindahan ke Man United dengan kontrak 4 tahun.

Thursday, August 16, 2012

Man U Telah Capai Persetujuan Untuk Mendapatkan Robin van Persie



Rasanya inilah berita paling ditunggu-tunggu oleh ramai peminat Man United: RVP bakal menyarung jersi Man U. bagaimanapun, RVP sebagaimana pemain lain yang dibawa masuk ke Old trafford perlu menjalani ujian fizikal dan kesihatan terlebih dahulu. Selain itu, masih terdapat beberapa item yang masih dibincangkan bersama pemain ini berkaitan kontrak yang bakal ditawarka. Apa pun kita tunggu kisah selanjutnya berkaitan isu ini.

Monday, August 13, 2012



Olimpik London baru melabuhkan tirai. Terlalu banyak kisah yang seronok untuk saya kongsi di sini. Yang paling utama semestinya kisah kejayaan Datuk Lee Chong Wei(DLCW) mempertahankan pingat Perak dalam acara badminton individu. Dikala semua rakyat Malaysia mengharapkan emas pertama Malaysia, DLCW telah sekali lagi tewas kepada musuh tradisinya iaitu Lin Dan. Apapun, tiada siapa dapat menafikan semangat juang yang tinggi telah dipamerkan oleh kedua-dua pemain ini. Debaran menantikan mata akhir amat terasa. Berani saya katakana, inilah perlawanan akhir paling mendebarkan yang pernah saya saksikan semenjak kali terakhir Malaysia merangkul Piala Thomas. Kelihatan seolah-olah tiada ruang kosong yang wujud dalam gelanggan Lin Dan. Ke mana sahaja bulu tangkis diarahkan, pasti akan disambut oleh reket beliau. Untuk itu, DLCW terpaksa bekerja keras di samping menahan kesan kesakitan buku lali beliau. Perbezaan 2 mata pada set penentuan membuktikan bahawa kedua-dua pemain ini sama hebat, cuma nasib kurang menyebelahi DLCW. Apapun, SYABAS DLCW atas kesungguhan yang ditunjukkan. Seluruh rakyat Malaysia terharu dengan persembahan Datuk.


Selang beberapa hari kemudian, kita menerima khabar gembira lagi. Ratu terjun negara Pandalela Rinong berjaya mencipta rekod baru negara. Beliau merupakan atlet negara pertama yang membawa pulang pingat Olimpik selain acara badminton. Lebih manis, beliau juga merupakan atlet wanita pertama yang menyumbangkan pingat olimpik negara. Selepas mengetahui Pandelela berjaya ke peringkat akhir, saya dengan penuh semangat menunggu aksi beliau di peringkat akhir. Jam menunjukkan 1.30 pagi langsung tidak mematahkan semangat saya. Bagaimanapun, permulaan hambar ratu terjun negara sedikit menggusarkan saya (mungkin juga seluruh rakyat Malaysia). Apa tidaknya, selepas 3 terjunan beliau hanya mampu menempatkan diri pada rangking ke 10. Namun begitu, beliau memperkemaskan terjunan dan hasilnya beliau naik satu demi satu anak tangga sehinggalah pada terjunan terakhir beliau sempat berada di kedudukan pertama ketika 2 penerjun utama masing-masing dari Cina dan Australia belum membuat terjunan. Akhirnya beliau akur bahawa kedua-dua penerjun itu berjaya memintas ranking beliau pada terjunan terakhir mereka dan gangsa pertama adalah milik Pandelela.
Di atas telah saya ceritakan dua kegembiraan buat atlet Malaysia. Temasya Olimpik London juga membuatkan kita sedikit hampa apabila jaguh basikal negara Azizulhasni gagal membawa sebarang pingat untuk negara. Dikala beliau sudah begitu hampir untuk membawa pulang sebutir pingat, sedikit kesilapan semasa permulaan kayuhan diperingkat akhir menghampakan beliau.


Ini adalah sedikit coretan kisah atlet negara kita. Selain itu, saya juga ingin kongsikan perasaan saya terhadap atlet negara luar yang saya minati. Saya begitu mengharapkan agar pasukan bola sepak brazil berjaya merangkul pingat emas dalam temasya kali ini. Bagaimanapun ia telah dihampakan oleh pasukan Mexico.

Selain kisah-kisah atlet di arena, Olimpik London juga tidak sunyi dari pelbagai gosip di luar arena. Mungkin ramai yang telah maklum bagaimana timbulnya kontroversi semasa acara perasmian tempoh hari. Pelbagai dakwaan wujud menyatakan bahawa terdapatnya unsur-unsur yahudi dalam acara tersebut. Mahu tahu lebih lanjut boleh lawati baca di sini , di sini http://cikgumanstation.blogspot.com/2012/07/illuminati-di-olimpik-london-2012.html dan di sini http://ambooyats.blogspot.com/2012/07/olimpik-2012-berunsur-freemason-dajal.html .

Tuesday, February 14, 2012

Geramnya!!

Arghhhhhhhhhhhhh kenapa ler My Team RED WARRIORS boleh tumpas kepada Red Giants Malam tadi?

Secara keseluruhan game memang menghiburkan dengan serangan yang bertali arus dari kedua-dua pasukan... Namun jentera serangan Kelantan dilihat agak tumpul malam tadi dengan Inderaputra Mahyudin dilihat kurang berkesan malam tadi.

Apapun, keputusan tewas 1-2 kepada selangor malam tadi tidak menyebabkan kelantan jatuh ke tempat ke 2 liga kerana Perak juga turut tumpas kepada Lions XII juga dengan jaringan 1-2.

Wednesday, January 25, 2012

Skuad Presiden bukan cabaran The Red Warriors

Skuad Liga Super Kelantan berjaya membenam Skuad Piala Presiden Kelantan 3 berbalas 0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung pada petang tadi di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.


Dua gol Kelantan dijaringkan oleh pemain import Danny Antwi manakala satu gol lagi dijaringkan oleh pemain muda Khairul Izuan Rosli.


Perlawanan persahabatan ini bertujuan untuk mempersiapkan pasukan dan mengekalkan tahap kecergasan pemain Kelantan untuk menentang pasukan Kuala Lumpur pada 28 Januari dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

Sumber: http://www.kelantanfa.com/

Thursday, January 12, 2012

KONTROVERSI! KONTROVERSI! KONTROVERSI!

KISAH kontroversi pemain import terus mendapat perhatian apabila pertikaian terbaru membabitkan pemain import Selangor dari Lubnan, Ramez Dayoub dan Mohammed Ghaddar yang kini beraksi bersama Kelantan, turut dikatakan tidak menepati piawaian ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Isu itu kini hangat dibincangkan di kalangan peminat bola sepak tanah air yang mula mempersoalkan status dua pemain import itu yang didakwa melanggar peraturan pengambilan pemain import Liga Malaysia.


Dayoub yang sebelum ini mewakili kelab Myanmar, Magway pada 2011, sepatutnya tidak layak bermain di negara ini kerana tidak melalui tempoh ‘cooling-off’ selama dua tahun yang ditetapkan FAM untuk pemain beraksi dalam mana-mana liga di negara Asean.


Perkara 17 peraturan FAM memaklumkan pemain import yang bermain atau pernah bermain dalam mana-mana liga Asia Tenggara perlu melalui tempoh ‘cooling-off’ dengan kontrak terakhir mereka perlu tamat sebelum atau pada 7 Disember 2009 sebelum dibenarkan beraksi untuk pasukan Liga-M 2012.


Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Datuk Hamidin Mohd Amin yang ditanya perkara itu berkata, walaupun Dayoub beraksi dalam liga Asean, pemain itu dibenarkan bermain untuk Selangor kerana dia mewakili skuad kebangsaan negara asalnya yang mempunyai ranking lebih tinggi berbanding Malaysia.


“Dalam peraturan ada klausa yang seseorang pemain itu dibenarkan beraksi jika pasukan negara asalnya mempunyai ranking lebih tinggi berbanding Malaysia. Dalam hal ini, Lubnan menduduki ranking lebih tinggi berbanding Malaysia.


“Ranking ini kita ambil kira ranking tahun lalu, tapi yang pasti ranking Lubnan lebih tinggi daripada Malaysia,” katanya yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).


Bagaimanapun apa yang mengelirukan, perkara 5.3 FAM pula menyatakan hanya pemain kebangsaan dari negara yang menduduki ranking lebih tinggi berbanding Malaysia setakat 24 Ogos 2011 dibenarkan beraksi dalam Liga-M 2012.


Sedangkan rekod ranking Fifa pada Ogos 2011 menunjukkan Lubnan menduduki tangga ke-160 manakala Malaysia ke-146. Lubnan hanya memperbaiki ranking dengan berada di tangga ke-146, satu tangga lebih baik berbanding Malaysia, pada September 2011.


Jika perkara 5.3 itu turut dikenakan kepada semua pemain import, sudah pasti ia turut membabitkan rakan senegaranya, Ghaddar yang beraksi dengan Kelantan walaupun dia beraksi dalam liga divisyen satu Asia sebelum ini, bersama kelab Al-Jaish dari Syria.


Ternyata isu terbaru ini juga perlu diberikan penjelasan oleh JKPT yang akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat khas hari ini memandangkan masih ada perkara berbangkit dalam pengambilan pemain import bagi mengelakkan sebarang salah faham