Online TV
Saturday, August 18, 2012
Thursday, August 16, 2012
Man U Telah Capai Persetujuan Untuk Mendapatkan Robin van Persie
Rasanya inilah berita paling ditunggu-tunggu oleh ramai peminat Man United: RVP bakal menyarung jersi Man U. bagaimanapun, RVP sebagaimana pemain lain yang dibawa masuk ke Old trafford perlu menjalani ujian fizikal dan kesihatan terlebih dahulu. Selain itu, masih terdapat beberapa item yang masih dibincangkan bersama pemain ini berkaitan kontrak yang bakal ditawarka. Apa pun kita tunggu kisah selanjutnya berkaitan isu ini.
Monday, August 13, 2012
Olimpik London baru melabuhkan
tirai. Terlalu banyak kisah yang seronok untuk saya kongsi di sini. Yang paling
utama semestinya kisah kejayaan Datuk Lee Chong Wei(DLCW) mempertahankan pingat
Perak dalam acara badminton individu. Dikala semua rakyat Malaysia mengharapkan
emas pertama Malaysia, DLCW telah sekali lagi tewas kepada musuh tradisinya
iaitu Lin Dan. Apapun, tiada siapa dapat menafikan semangat juang yang tinggi
telah dipamerkan oleh kedua-dua pemain ini. Debaran menantikan mata akhir amat
terasa. Berani saya katakana, inilah perlawanan akhir paling mendebarkan yang
pernah saya saksikan semenjak kali terakhir Malaysia merangkul Piala Thomas. Kelihatan
seolah-olah tiada ruang kosong yang wujud dalam gelanggan Lin Dan. Ke mana
sahaja bulu tangkis diarahkan, pasti akan disambut oleh reket beliau. Untuk
itu, DLCW terpaksa bekerja keras di samping menahan kesan kesakitan buku lali
beliau. Perbezaan 2 mata pada set penentuan membuktikan bahawa kedua-dua pemain
ini sama hebat, cuma nasib kurang menyebelahi DLCW. Apapun, SYABAS DLCW atas
kesungguhan yang ditunjukkan. Seluruh rakyat Malaysia terharu dengan
persembahan Datuk.
Selang beberapa hari kemudian,
kita menerima khabar gembira lagi. Ratu terjun negara Pandalela Rinong berjaya
mencipta rekod baru negara. Beliau merupakan atlet negara pertama yang membawa
pulang pingat Olimpik selain acara badminton. Lebih manis, beliau juga
merupakan atlet wanita pertama yang menyumbangkan pingat olimpik negara.
Selepas mengetahui Pandelela berjaya ke peringkat akhir, saya dengan penuh
semangat menunggu aksi beliau di peringkat akhir. Jam menunjukkan 1.30 pagi
langsung tidak mematahkan semangat saya. Bagaimanapun, permulaan hambar ratu
terjun negara sedikit menggusarkan saya (mungkin juga seluruh rakyat Malaysia).
Apa tidaknya, selepas 3 terjunan beliau hanya mampu menempatkan diri pada
rangking ke 10. Namun begitu, beliau memperkemaskan terjunan dan hasilnya
beliau naik satu demi satu anak tangga sehinggalah pada terjunan terakhir
beliau sempat berada di kedudukan pertama ketika 2 penerjun utama masing-masing
dari Cina dan Australia belum membuat terjunan. Akhirnya beliau akur bahawa
kedua-dua penerjun itu berjaya memintas ranking beliau pada terjunan terakhir
mereka dan gangsa pertama adalah milik Pandelela.
Di atas telah saya ceritakan dua
kegembiraan buat atlet Malaysia. Temasya Olimpik London juga membuatkan kita
sedikit hampa apabila jaguh basikal negara Azizulhasni gagal membawa sebarang
pingat untuk negara. Dikala beliau sudah begitu hampir untuk membawa pulang
sebutir pingat, sedikit kesilapan semasa permulaan kayuhan diperingkat akhir
menghampakan beliau.
Ini adalah sedikit coretan kisah
atlet negara kita. Selain itu, saya juga ingin kongsikan perasaan saya terhadap
atlet negara luar yang saya minati. Saya begitu mengharapkan agar pasukan bola
sepak brazil berjaya merangkul pingat emas dalam temasya kali ini. Bagaimanapun
ia telah dihampakan oleh pasukan Mexico.
Selain kisah-kisah atlet di
arena, Olimpik London juga tidak sunyi dari pelbagai gosip di luar arena. Mungkin
ramai yang telah maklum bagaimana timbulnya kontroversi semasa acara perasmian
tempoh hari. Pelbagai dakwaan wujud menyatakan bahawa terdapatnya unsur-unsur
yahudi dalam acara tersebut. Mahu tahu lebih lanjut boleh lawati baca di sini , di sini http://cikgumanstation.blogspot.com/2012/07/illuminati-di-olimpik-london-2012.html
dan di sini http://ambooyats.blogspot.com/2012/07/olimpik-2012-berunsur-freemason-dajal.html
.
Subscribe to:
Posts (Atom)