Pages

Online TV

Monday, March 29, 2010

Bayern Pincang Berdepan United

BERLIN - Bayern Munich tidak pernah melalui tempoh terburuk musim ini, di saat ia bakal berdepan gergasi bola sepak England, Manchester United pada suku akhir pertama Liga Juara Juara, esok.

Kelab Bavaria itu, yang melalui saat terbaik pada tiga kejohanan selepas rehat musim sejuk, baru sahaja mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam Bundesliga, tunduk 1-2 kepada VfB Stuttgart, Sabtu lalu.

Bayern yang bakal berdepan United, 11 tahun selepas mereka kalah 1-2 pada final Liga Juara-Juara 1999, apabila kelab England itu menjaringkan dua gol pada babak akhir perlawanan, juga tanpa pemain terbaik mereka musim ini.

Pemain sayap Belanda, Arjen Robben mengalami kecederaan pangkal paha, yang dialaminya ketika menentang Stuttgart dan dia belum pasti diturunkan.

Pemain tengah. Bastian Schweinsteiger pula digantung perlawanan.

"Mungkin keputusan perlawanan mampu bertukar tidak seteruk mana namun, ia kelihatan sukar buat kami untuk pertembungan dengan Manchester," kata jurulatih Bayern, Louis van Gaal.

Robben beraksi cemerlang pada pertengahan minggu lalu, menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan ketika menentang Schalke 04, yang meletakan Bayern mara ke final Piala Jerman.

"Ia pasti amat perit jika dia tidak dapat beraksi pada perlawanan besar seperti ini,'' kata pemain pertahanan Bayern, Philipp Lahm.

Namun, Van Gaal mempunyai pemain tonggak Franck Ribery yang cergas, juga pertahanan tengah Martin Demichelis, yang mengalami kecederaan di muka ketika beraksi pada perlawanan persahabatan di antara Argentina dan Jerman, bulan ini.

Penyerang Mario Gomez juga sudah pulih dari masalah otot, walaupun kurang menjalani latihan. - Reuters


Utusan Malaysia : 30 Mac 2010

No comments:

Post a Comment