Pages

Online TV

Monday, March 22, 2010

Rentak Juara

Ji-Sung Bakal Tonggak MU: Fergie



MANCHESTER: Alex Ferguson percaya Park Ji-sung bakal menjadi tonggak utama Manchester United dalam masa terdekat apabila pemain dari Korea Selatan itu menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Liverpool 2-1.

Tandukan Ji-sung pada babak kedua permainan di Old Trafford kelmarin melonjakkan United kembali ke persada Liga Perdana Inggeris, sekali gus menampilkan kebolehan sebenar pemain berusia 29 tahun itu pada perlawanan besar. Sepanjang setahun lalu, Ji-sung dipupuk daripada pemain biasa kepada tonggak penting dalam kesebelasan utama Ferguson ketika berdepan perlawanan-perlawanan besar, dan jelas dia tidak mengecewakan kepercayaan pengurus pasukannya itu. Musim lalu, Ji-sung menjaringkan gol penting pada pertemuan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Arsenal, dan mencatat rekod sebagai pemain Asia pertama beraksi di final kejohanan bola sepak tersohor Eropah itu.



Perlawanan menentang Milan yang berkesudahan 4-0 mempamerkan keupayaan Ji-sung di pelbagai posisi, apabila dia menjaga Andrea Pirlo dengan begitu rapi, kemudian bertindak sebagai penyerang ketika bertemu Liverpool yang menghasilkan gol kemenangan.

“Dia antara pemain yang boleh diletakkan di mana saja kerana mempunyai kebijaksanaan dan disiplin yang tinggi,” kata Ferguson. United kini dua mata mengatasi pencabar terdekat, Arsenal, dan empat mata mengatasi Chelsea. – AFP


(Berita Harian : 23 Mac 2010)








Park Rangsang Ghairah United

MANCHESTER, England – Alex Ferguson percaya Park Ji-sung semakin menjadi orang penting dalam Manchester United selepas pemain Korea Selatan itu menjaringkan gol kemenangan 2-1 menewaskan Liverpool dalam liga, kelmarin.

Tandukan Park dalam babak kedua di Old Trafford, kelmarin membantu United kembali ke tangga teratas Liga Perdana, sekali gus membuktikan di masih penting untuk perlawanan kelas tinggi.

Sepanjang 12 bulan lalu, Park banyak memainkan peranan penting dalam skuad Ferguson terutama perlawanan getir dan kelazimannya, dia menyajikan kemenangan kepada pengurusnya itu.

Musim lalu, dia menjaringkan gol penting ketika menewaskan Arsenal dalam separuh akhir Liga Juara-Juara dan menjadi pemain Asia pertama beraksi dalam final Kejohanan Eropah itu.

Tahun ini, dia hanya menjaringkan tiga gol tetapi kesemua bermakna buat pasukannya.
Dia membuka jaringan pertamanya ketika menang 3-1 ke atas Arsenal dan juga ketika membantu United menewaskan AC Milan 4-0 dalam saingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Dalam aksinya menentang Milan, Park adalah orang utama menjaga Andrea Pirlo, tetapi peranannya lebih besar di belakang Wayne Rooney ketika menentang Liverpool dan membuktikannya apabila menjaringkan gol.

‘‘Dia merupakan pemain yang boleh diberikan peranan berdasarkan kebijaksanaan dan disiplinnya.

‘‘Peranannya berbeza sedikit ketika menentang Milan. Apa pun dia tetap penting buat kami. Dia memang berbakat dan usaha gigihnya akhirnya membantu dia menjaringkan gol,’’ kata Ferguson.

United buah masa ini mempunyai kelebihan dua mata mengatasi Arsenal di tangga kedua dan empat mata meninggalkan Chelsea.

Bagi Ferguson pula, berita gembira melibatkan Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic yang kembali cergas menyakinkannya bahawa United mampu mencapai rekod kemenangan ke-19 gelaran liga.

‘‘Saya tidak nampak saingan mengecil, sebaliknya masih terbuka. Namun, saya merasakan dengan kepulangan Vidic dan Ferdinand, ia memberi harapan besar dan membuka peluang buat kami.

‘‘Musim hampir tamat dan menang adalah tumpuan pada masa ini. Kami juga semakin konsisten sejak akhir-akhir ini.

‘‘Memang sukar apabila melepaskan gol sebelum bangkit semula dan menang. Namun, itulah yang dimiliki oleh Manchester United dan kualitinya yang akhirnya memberi kemenangan kepada kami,’’ ujar Ferguson. – AFP


(Utusan Malaysia : 23 Mac 2010)




Ancelotti Akui Manchester United Miliki Kelebihan

BLACKBURN, England - Carlo Ancelotti mengakui Chelsea telah memberikan kelebihan kepada Manchester United dalam perebutan takhta kejuaraan Liga Perdana England selepas melihat skuad bimbingannya seri 1-1 dengan Blackburn.

Dengan hanya mampu meraih satu mata di Ewood Park, ia merupakan satu kegagalan buat Chelsea yang ketinggalan empat mata di belakang United serta berada di tangga ketiga.

Ancelotti menyalahkan pemainnya selepas melihat El-Hadji Diouf memadam kelebihan awal Chelsea melalui jaringan penyamaan pada minit ke-70. Keputusan itu sukar diterima oleh Ancelotti selepas melihat The Blues tersingkir dari Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Inter Milan.

''Kami bermula dengan baik dan menjaringkan gol awal. Kemudian, kami turut berpeluang menggandakan kelebihan jaringan, namun pada separuh masa kedua ia amat sukar.

''Blackburn banyak memenangi penguasaan bola pada separuh masa kedua dan kami hilang rentak sebelum melepaskan gol kepada mereka.

''Kami kembali bangkit untuk bermain namun ia sudah terlambat dan saya cukup sedih. Kami telah terlepas dua mata berharga.

''Saya tidak tahu jika pemain masih terjejas ekoran kekalahan kepada Inter. Kami cuba untuk menang dan melupakan kekalahan kepada Inter. Pada jam pertama, kami bermain cukup baik, namun keputusan ini bukan perkara yang mudah untuk diterima.

''Sekarang ini, cukup sukar buat kami memenangi kejuaraan namun ia tidak mustahil. Kami masih belum hilang keyakinan dan harapan.

''United kini berada di tangga teratas dan kami perlu melupakan apa yang berlaku hari ini secepat mungkin,'' kata Ancelotti.

Namun, Chelsea boleh merapatkan jurang dengan United kepada satu mata jika menang ke atas Portsmouth, esok dan Ancelotti tanpa ragu-ragu yakin anak-anak buahnya mampu mencatat kejayaan ke atas kelab tercorot itu di Fratton Park.

''Kami perlu menang mulai saat sekarang, itu sahaja jalan penyelesaian untuk mara ke hadapan. Terlalu sukar untuk saya jelaskan mengapa ini boleh berlaku namun saya perlu kembali memberi fokus dalam perlawanan seterusnya.

''Satu pasukan perlu bekerjasama supaya memudahkan Chelsea sentiasa mengekori rapat United. Saya tidak tahu berapa banyak mata yang kami perlukan untuk muncul sebagai juara namun kami wajib menang ke atas Portsmouth,'' ujarnya.

Berbeza dengan Ancelotti, pengurus Blackburn, Sam Allardyce begitu gembira dengan cara pemainnya mengecewakan lawan mereka dan memuji persembahan pemain remaja di bahagian pertahanan, Phil Jones yang membuat kemunculan pertama bersama kelab.

''Saya berasakan kami berhak meraih sesuatu pada penghujung permainan. Persembahan kami pada separuh masa kedua cukup baik untuk memberikan kami gol penyamaan. Ia adalah minggu yang besar kepada kami dan ini adalah permulaan yang baik.

''Ramai menjangkakan Chelsea akan menang untuk memudahkan laluan mereka meraih kejuaraan liga. Namun, Chelsea gagal mengambil kesempatan dan kami berjaya bangkit kembali.

''Kemunculan pertama Phil turut memberi kesan dalam perlawanan ini. Satu pasukan telah memberikan segala-galanya tetapi dia merupakan pemain yang paling cemerlang dan nampaknya dia mempunyai masa depan yang sungguh cerah.

''Dia menunjukkan komitmen yang tinggi dan kami berasa begitu gembira. Kami pernah melihat dia bermain tahun ini dan dia telah membuktikan dia amat berpotensi. Dalam perlawanan besar, dia berasakan inilah masanya untuk menunjukkan bakat sebenar dan dia berjaya mengambil kesempatan tersebut.

Drgoba memberikan pendahuluan buat Chelsea seawal minit keenam setelah menerima hantaran silang Nicolas Anelka tetapi Diouf menyamakan kedudukan melalui tandukan, hasil gerakan Michel Salgado pada minit ke-70.

Blackburn dijangka dapat mengatasi zon penyingkiran dan Allardyce yakin pasukannya mampu bertahan di Liga Perdana Inggeris jika meneruskan aksi yang ditunjukkan seperti bertemu Chelsea. - AFP



Utusan Malaysia: 23 mac 2010





*Chealsea dah mengalah ke?

No comments:

Post a Comment